Posts

Showing posts from 2010

Wan Tech Notation: Cara mencipta Url Link Facebook anda...

Image
Wan Tech Notation: Cara mencipta Url Link Facebook anda...: "Salam Sudah berapa lama anda guna facebook? Tahukah anda semua fungsi setiap perkara dalam akaun facebook anda? Kalau jawapan anda tidak pa..."




Jom! Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Hari ini aku nak cerita pasal celcom nyer promosi terbaru.
Ikut korang la nak amik tau ker tak.
Janji aku kogsi, hahaha
Jom! Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Macam aku tak percaya, isi borang kerja dapat duit!! Hahaha

Image
Salam

Hari ni aku ngantok sebenarnya. Takder mood nak tulis entry. Penat badan pun ada... Adeh...

Xper, hari ini aku nak kongsi satu perkara jer. Da lama da aku nak buat entry pasal  ni... Cuma xder kesempatan ajer.

Aku tau ramai antara korang masih belajar lagi kan? So tak semestinya korang masih belajar korang xperlu pikir lagi pasal kerja. Lagi- lagi kalau korang dalam Final Year.

Sebab percayalah, lepas korang abis belaja, lum tentu lagi korang akan dapat keje on the spot. Masa dan duit korang akan banyak di habiskan untuk mencari peluang pekerjaan. Best ker macam tu.

Entry aku kali sebenarnya khas untuk budak final year atau yang sedang mencari pekerjaan. Aku ada jumpa sebuah site ni, yang mana apabila korang isi jer borang kat situ, korang ada peluang menang hadiah dan dapat duit RM300.

Aku rasa ramai yang da tau kot. Ahh aku tak kira nak cerita jugak. hahahaha. Ramai da yang dapat hadiah tu. Macam tak caya jer.



Hah aper lagi yang korang tunggu. Sign Up la atau reg nama korang s…

Lawak Bahasa Inggeris Yang Memberi Pengajaran

Image
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,Saya ada satu cerita nak diceritakan kepada anda.
Di suatu tengah hari dalam sebuah bas...

Pelancong: “Hi, could you please tell me how to go to National Monumen?”
Pelajar nakal 1: “Wei National Monumen tu benda apa?”
Pelajar nakal 2: “Dia nak gi umah Mak Cik Maimun kot.”
Pelajar nakal 1: "Hish takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah Mak Cik Maimun. Ok you go straight.. don’t belok-belok. Don’t belok-belok! Straighttt jer... Ok?”

Pelancong: (Bingung)

Pelajar contoh: "Miss, I can help you, if you wanna go to National Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow thesign board".
Pelancong: “Thank you very much.”

Pelajar contoh: “Tu lah, orang suruh belajar tak nak belajar. National Monument tu Tugu Negara la.. Nah baca NST selalu. Senang dapat kerja.”

Mungkin anda pernah tengok iklan ini di kaca TV. Ya, iklan ini menggambarkan betapa sebahagian besar masyarakat Malaysia masih lemah dalam penguasaan Bahasa…

Kerana kesilapan kecil, tiada panggilan temuduga

Image
Salam

Lama sudah aku tak menulis sebarang entry kat blog ni. Alhamdulillah, walaupun da lama tidak update. Income dari kesemua blog aku menunjukkan peningkatan. Semua nyer berkat usaha dan kajian aku selama beberapa tahun ini.

Hari ini aku nak bercerita mengenai cara mengisi borang spa8i (kerja kerajaan). Mesti korang pelikkan, aper kene mengena ngan tajuk entry aku ngan cara mengisi borang spa8i kan?

Okeh, kita mulakan. Untuk pengetahuan korang. Sebarang kesilapan yang korang lakukan semasa mengisi borang ini, akan menyebabkan peluang untuk ditemuduga menjadi tipis.

Yelah, bayangkan korang salah isi alamat. Macam maner diorang nak anta surat panggilan temuduga kalau korang salah isi alamat kan... Ha pikir2 kan lah...

Itu salah satu kesilapan yang utama. Ada banyak lagi. So, aku telah membuat sebuah ebook untuk tatapan korang. Leh download "FREE" ajer. Kalau aku tulis semua kat sini penat la aku... huhuhu...

Download klik kat sini ---> Formula Rahsia Mengisi Borang Spa8i P…

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Image
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
====================…

Perkahwinan - Perkara Perlu Buat Sebelum Nikah

Image
Salam

Disebabkan cuti sekolah hampir tiba. So ramai la antara korang yang akan masuk musim "mengawan". Iaitu dalam erti kata lain musim orang kahwin la.


Hari tu aku ada cerita pasal kursus kahwin kan. Hari ini aku citer plak aper yg korang perlu buat sebelum nikah. Diharap korang kongsilah tips ni ngan orang lain. Semoga beri manfaat kepada mereka juga. 3 minggu aku rungkai isi untuk buat entry kali ni tau. So jangan kedekut, seperti mana aku berikan kepada korang... nak ker aku minta duit... huhuhu... cukup la sekadar korang doa kan kesejahteraan aku sekeluarga..

Ramai orang berdebar ketika menunggu waktu nak bernikah, ialah nak jadi suami atau isteri kan. Korang ingat senang ker.... Lepas kadi cakap sah jer, beban seberat bumi telah diletakkan kat bahu korang....  Baik laki mahupun pompuan... Jangan korang ingat pompuan xder beban... Korang lagi banyak sebenarnya... Part ni lain kali aku rungkai kan....

Ok, berbalik pada kes kita tadi. Perkara korang perlu dan jangan buat …

Kursus Kahwin - Tatatertib Menghadiri Kursus Perkahwinan

Image
Salam

Okay hari ini aku sambung balik citer pasal kursus perkahwinan. Kalau sebelum ni aku citer kenapa perlu pegi kursus perkahwinan kan, hari ini aku nak bg tips plak tentang tatatertib menghadiri Kursus Kawin...


Kalau korang x ikut tips ni... serupa korang xpayah pegi jer kursus ni... G kawin kat Siam... Sebab kursus ni la akan membantu korang bila da berumah tangga nanti. Aku sampai sekarang masih rujuk lagi nota² kalau ada benda aku musykil atau berlaku sesuatu dalam rumah tangga aku...

Okeh kita teruskan ngan tips² yang berkenaan... Kosongkan minda korang, tarik nafas dalam², tahan selama 5 saat kendian lepas.... Buat 3 kali, pastu teruskan pembacaaan....

1
2
3
4
5






Okay mula membaca.....

Tips 1 

Bangun sebelum subuh, pastu g mandi, kalau boleh niat mandi untuk bersihkan diri kerana Allah Taala, aku tau ramai antara korang masuk tandas pun xbaca doa kan, so hari ini korang baca la doa masuk tandas sekali. Cari la doa² tu kat dalam internet, kat dalam blog² saudara kita yang belajar…

Bajet 2011 - Bersyukurlah walaupun hanya insentif Rm500

Image
Salam,

Apa kabar semua... Lambat skit aku kuar entry ni... Sebab aku banyak keje dan aku fokus pada entry perkahwinan aku...

Seperti mana korang tau, Perdana Menteri kita YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010. 



Antara berita baik yang pegawai kerajaan terima adalah seperti Pemansuhan PTK dan pemberian wang insentif sebanyak Rm500 kepada pegawai Gred 54 dan ke bawah...

Pemansuhan PTK
Bagus jugak kerajaan mansuhkan exam PTK, sebab ikut pengalaman aku. Dari 100 orang yang ambik exam ni, purata lebih kurang 1 hingga 5 orang sahaja yang lulus. Ni aku  tengok kat tempat aku la.. Tempat lain xtau la.

Wang Insentif
Bersyukurlah wahai kawan² ku pegawai kerajaan sekalian. Sesungguhnya, Allah nak menguji tahap kesabaran kita dalam melalui liku² kehidupan sebagai pegawai kerajaan. SYMP ajer.

Masih ada rezeki kita lain kali, kita xtau kan. Mane tau tetiba kerajaan nak bg bonus plak tahun depan. Perkara penting adalah kita bersyuku…

Rumah Tangga - Kenapa perlu kursus perkahawinan?

Image
Salam,

Apa kabar pembaca aku yang budiman dan "Silent Reader" aku? Semoga korang dalam keadaan yang baik bersama insan yang tersayang.

Hari ini, aku nak rungkai kan sedikit beberapa perkara yang masih menjadi persoalan kepada golongan2 bujang atau anak dara atau yang masih belum berkahwin.

Sesungguhnya, perkahwinan itu indah untuk dilalui dan dalam keindahan itu terdapat jurang2 dan batu2 yang menghalang perjalanan kebahgiaan kita. Dan tidak lupa penghasut utama kita.Syaitan yang direjam.

Entry aku ari ni agak serius sikit. Iaitu tentang "Kenapa perlu kursus perkahwinan?". Aku tau ramai kat luar sana yang mempunyai pendapat dan pandangan masing2 tentang perkara ini. Percaya la wahai pembaca ku sekalian, perkara yang aku nak sampaikan pada hari ini akan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada korang untuk dipraktikkan kelak.

Ada beberapa perkara yang korang perlu tau tentang kursus ini. Iaitu tujuan kursus ini dijalankan:

Untuk korang mengenal aper bahasa yang boleh …

My Cyber Students

Image
Salam,

Hello to all my silent readers. How are you? I hope you'll fine with someone you love. Actually, today i do not have mood to write anything in this blog.

But, suddenly I got the idea to write something about what I do in this virtual world. Actually, I have been giving instruction about the blog and how to manage it in my blog. I have some students who learn it from me. I love teaching them because they are dedicated, and they now have their own blog.

This is a list of their blog, click and give them support okay :

WanTech ( Syazwan )- http://wantech-notation.blogspot.comKamu ( Kamarul )      - http://musik-untuk-kamu.blogspot.comCham ( Hisham )        - http://cham-cerita-ceria.blogpsot.comAidil                           - http://memacamada.blogspot.comS.A. ( Suhaimi )          - http://suhaimiahmad.blogspot.comComing Soon. They have not yet graduated from my class

Lucky Draw - Tahniah Kepada Encik Putera Kita

Image
Salam

Tahniah aku ucapkan pada en Putera kita... Kerana berjaya menjadi follower aku yang ke 100... Pasni yang ke 150 plak...
En Putera
Hadiah nyer plak, dapat tempat didalam list blog di dropdown tab menu aku dan ada hadiah misteri hahahaha...




Kat sini cita skit pasal en Putera ni...
Nama Betol (mungkin nama ic kot) :   Badrul Hisham
Nama Pena Blog                            :   Putera
Nama Blog                                     :   Lagu dan Diri Ku
Join Blog                                        :   Sejak Feb 2010
Info Diri                                         :    Seorang yang simple dan happy go lucky
                                                          (dia yg kata, bukan aku kata tau......)

Lucky Draw - Siapa la yang bertuah...

Image
Salam,

Hari aku xnak cite panjang....

Just nak bgtau, aku da tuka Dropdown Tab Menu yang baru...

So, sesiapa yang menjadi follower aku yang ke -100 akan aku letakkan nama blog dia kat dalam kategori "blog".

Kira macam kontest kocik la ni.... huhuhu...


Mari2 kita tengok siapa yang kene...

4 warga Indonesia pecah masuk rumah ditahan Di Jeddah

Image
Boleh lak kan, pecah rumah kat Jeddah, Arab Saudi.. Memacam cerita pelik la sekarang ni... Naper dia tak rompak kat negara sendiri yer.... Aper2 pun jom kita baca cerita kat bawah ni....

JEDDAH: Empat warga Indonesia ditahan, semalam kerana memecah masuk beberapa rumah di Jeddah.
Kumpulan empat lelaki itu terbabit dengan kecurian di daerah Mohammadia, Nahda dan Naeem di utara Jeddah.

“Penjenayah terbabit didapati melompat tembok kediaman, memecah masuk melalui tingkap dan pintu sebelum melarikan barang berharga yang mudah dibawa,” kata pegawai polis Jeddah, Leftenan Nawaf Al-Bouq.

Menurutnya, keempat-empat suspek mengakui melakukan jenayah itu ketika disoal siasat.

“Mereka turut membawa polis ke semua lokasi yang menjadi sasaran kegiatan jenayah mereka. Mereka masih direman bagi siasatan lanjut,” kata Nawaf lagi. Jika sabit kesalahan, keempat-empat penjenayah akan dijatuhi tempoh hukuman penjara yang panjang atau dihantar pulang ke negara asal mereka.

Cerita - Who are we? Should we do this to the nature?

Image
Salam,

Today I want to try to make the English entry. But I only do half of entry only. The rest I use the Malay language
As you know, Malaysia has a natural forest environment. The country's equatorial climate caused many tourists come to Malaysia for travel.
Today, I want to tell a story that happened right in front of me. I hope this incident can serve as a lesson to us as human beings who are appointed by God to preserve the earth.
30 September 2010, Jam 11.00am
Aku menaiki bas dari Dungun, Terengganu menuju ke kampung aku di Negeri Sembilan. Suasana dalam bas yang agak sejuk membuatkan aku berasa lemah dan mengantok. Tapi entah kenapa, mata ini tidak mahu pejam pulak. Walhal, aku mengantok. Aduhai...
Jam 11.56am
Bas berhenti di hentian bas berhampiran kawasan Paka. Bas mengambil penumpang seterusnya. Pelancong rupanya. Dari segi rupa dan dialek yang digunakan, aku sangat pasti mereka adalah pelancong dari China atau Korea.
Mahu ke Kuantan atau ke Cherating agaknya. Yang memb…

Cerita - Berat Mata Memandang Berat Lagi Mahu Memikul

Image
Pusara Salam.

Dalam menjalani kehidupan sebagai manusia, kita hanya ada dua perkara. Iaitu hidup dan mati. Mati itu pasti, dan semua benda hidup akan mati. Dan hidup pula, masih lagi dan akan diteruskan sampai mati.

Persoalannya sekarang, aper yg telah korang buat untuk persediaan mati dan aper yang korang telah lakukan dalam menjalani kehidupan sehingga mati??? Renung2 kan lah..

Berita - Bajet 2011 lebih tinggi

Image
Kerajaan sedia peruntukan tambahan bagi pelaksanaan NKEA

JUMLAH peruntukan bagi Bajet 2011 yang akan dibentangkan pada 15 Oktober ini adalah lebih tinggi daripada RM191.5 bilion yang diperuntukkan dalam bajet tahun ini bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang kukuh tahun depan.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan dalam Bajet 2011 itu bagi pelaksanaan inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang bermula tahun depan.

Ucapan - Raya

Image
Salam,

Semoga geng-geng atau kengkawan atau sedara mara atau jiran-jiran blog aku di dalam keadaan sihat-sihat belaka...  Yela da nak  dekat raya kan... Kalau xsihat, rajin2 la makan ubat yer.... kang xdapek nak rayo plak....


Tips - Blogging tips untuk Newbie

Image
Salam,

Hari ini, aku nak bagi beberapa tips blogging untuk newbie. Untuk org da lama main blog pun leh amik tips ni... aku sediakan tips ni berpandukan pengalaman aku blogging dan skit2 dari internet...

Hiburan - Jangan Lupa Lirik (CIHU)

Image
Salam,

Hah, arini aku nak kongsi lagi ngan korang pasal segmen "Can I Help You?" yang dipedengarkan di radio Era.fm setiap pagi bermula Hari Isnin hingga Jumaat. Program yang byk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang Bahasa Inggeris ini terajui oleh penyampai Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), Ray dan Hanif.


Persoalan - Aper anda beri ketika hari lahir ibu anda?

Image
Salam,

Memandang 2 hari lagi mak aku nyer birthday..... So, aku ngan bangga nyer mendapat idea untuk menulis entry nih... Sebenarnya aku xder idea nak bg hadiah aper kat mak aku taun ni... tu yg aku bukak entry nih huhuhu....

Merisik Khabar - Kes Rahman Ramlee

Image
Ha seperti aku janjikan. Ni satu la segmen dari ERA.fm dan Astro Prima. Program merisik khabar kali ini adalah edisi Ramadhan.


Rancangan ini ditayangkan di Astro Prima mulai 9 Ogos 2010 sehingga hujung ramadhan. Bagus rancangan ini, dia memberikan kesedaran kepada kita tentang kehidupan orang lain.

Hiburan - Penjual Popcorn (CIHU)

Image
Salam.

Kali ni aku nak kongsikan pulak pasal segmen terbaru yang radio ERA sediakan di waktu pagi.. Segmen ni da lama da keudara, cuma saje jer aku nak kongsikan ngan u all sume... Huhuhu

Satu Ramadhan Seribu Tekanan

Image
Salam,

Tengok pada tajuk da tentu kawan2 blogger sume akan tertnya kan aper maksud tersirat disebalik tajuk tue. Tajuk ni melambangkan perasaan aku sepanjang hari melakukan ibadah pose ni.
Dari pagi sampai ke petang xsudah2 aku terima tekanan. Saba jer la.

Tertarik Dengan Entry Cikgu Dahlia

Image
Salam,

Sebenarnya aku nak tido da, tapi sebelum tido aku round jap kat blog cikgudahlia. Tertarik tol aku ngn entry dia pasal ada org dengki kat dia berkenaan nuff.


Blog - Idea Projek Tahun Akhir

Image
Pagi2 buta macam gini aku just nak cerita tentang blog ni.....
Blog ni dibangunkan oleh aku sendiri sebagai projek aku yang terbaru untuk tahun 2010 ni. Al maklumlah aku da lama xbuat aper2 entry pun kat suma blog aku..
Kebanyakan blog aku suma senyap tanpa khabar berita.. Orang cakap blog xbertuan... Tapi sume blog tu xmengecewakan aku... Ada la jugak duit makan tiap2 bulan. Pasal hal ni akan aku cerita kat entry aku seterunya...
Ni Logo bg blog aku nie...
Dalam blog ni aku bahasakan aku En.Wan, sebab kat tempat keje aku suma student panggil aku mcm gitu.
So nak memudahkan urusan aku ngan student yang bakal masuk blog aku so aku bahasakan diri sebagai En.Wan.
Kat blog aku yang lain aku tetap sebagai BlogLeader.
Byk sebenarnya idea aku untuk blog aku ni. Tapi pelan2 kayuh lelama akan ada memacam kat situ.
Buat masa ni, ni ajer la yang ada. Huhuhu.....
Jom masuk blog aku yang terbaru....
Idea Projek Tahun Akhir
p/s : da lama simpan kat draft baru nak publish... hehehe

Cerita Pelik Anak Amy Mastura

Image
Cerita ni aku dapat masa aku baca suratkhabar kat cafe tempat aku keje. Bila aku baca cerita terus aku teringin nak menulis hal ni kat blog aku ni.
Kisahnya macam ni. Sapa x kenal kan ngan gadis molek ni kan. Rasanya dia terbabit dalam dunia seni ni sejak aku sekolah lagi kot. Memang best si Amy ni berlakon. Ramai yang ingat akak kita sorang da pencen dari dunia lakonan ni.
Tapi bebaru ni, satu syarikat alatan senaman telah melamar beliau untuk menjadi duta produk syarikat bekenaan. Sapa tak kenal ngan Syarikat Takasima kan. Hah jgn terkejut plak,.... wanita rendah macam Amy pun leh jadi duta alat senaman.
Dulu beliau pernah menjadi duta untuk produk Quaker Oat. Tapi, senyap jer mcam tu kan.... Bukan itu saja, dalam diam, Amy juga baru selesai menjalani penggambaran dua filem, Damping Malam dan Aku Tak Bodoh. Hah, tak caya la tuh.. huhuhu...


"Saya bersyukur kerana masih menerima sokongan daripada peminat dan pengusaha produk kerana sekarang banyak muka baru muncul dalam dunia hibura…

Aku Tetap Aku....

Image
Sebenarnya da lama aku nak menulis dengan cara ni. Da busan la ngan cara formal. Kat opis aku da guna bahasa formal so dalam blog xkan nak guna jgk kan. Jiwa aku memberontak dan aku xmo hipokrit lagi....
Dengan ini, secara rasmi nyer aku menukar bahasa blog ini menjadi bahasa rojak... hahaha..
Aku da lama xmasukkan entry aku kat blog ni. Ni disebabkan aku terlalu sibuk ngan keje aku kat opis. Kena plak aku baru tukar bos. So ramai la para senior yang menganggap diri diorg bos. Aper ingat aku MACAI ker... Ceh...

Dan pada hari ini jgk aku bertekad nak mengubah cara aku berblog. Ini selaras ngn perkembangan semasa. Tapi piont tetap sama, aper aku pk aku akan tulis..
Semoga kali blog aku menjadi salah satu bahan bacaan korang..
Enjoy!