Posts

Showing posts from 2016

Pendidikan Anak - Fahami Anak Anda

Image
Assalammualaikum & salam sejahtera..

Untuk pengetahuan anda, anak anda tidak dapat berfikir secara matang atau rasional selagi umur mereka tidak menjangkau 20-an.

Ini kerana bahagian hadapan kortex di otak anak anda yang berfungsi untuk membantu manusia berfikir secara rasional dan matang tidak membesar dengan sepenuhnya sehingga mereka berumur 20-an.

Jadi, tugas ibu bapa adalah untuk memahami apa yang anak mereka fikirkan dan bimbing mereka untuk melakukan perkara yang tepat dan betul. Jadi, ibu bapa di galakkan untuk sentiasa berinteraksi dengan anak-anak mereka supaya mereka faham apa yang tersirat di sebalik pemikiran anak mereka.

Katakan anak anda berminat untuk bermain bola, anda perlu berikan sokongan penuh walaupun anak anda tidak hebat dalam bersukan. Anak-anak memang suka bermain, asalkan ia dapat memenuhkan impian mereka, mereka akan lakukannya.

Ramai remaja yang minat untuk belajar bermain gitar kerana menganggap ia sesuatu yang perlu, sedangkan ia tidak. Ibu bapa patut s…

Pedoman Islam - Sedekah Abdul Rahman bin ‘Auf r.a.

Image
Assalammualaikum

Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang yang amat rajin bersedekah dan merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah sahabat Rasulullah yang terkaya.

Nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman.

Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan agama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam.

Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Isl…

Pendidikan Anak - 4 Kategori Ibu Bapa Didalam Keluarga

Image
Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat dan gembira di samping anak-anak dan keluarga.

Baiklah, hari ini saya ingin memberikan tips mengenai jenis-jenis ibu-bapa, mungkin anda boleh semak-semak diri anda, anda berada di kategori yang mana satu.

#1: Tidak peduli.

Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak peduli dan tidak langsung memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Asalkan mereka hidup, cukuplah. Ia memang banyak terjadi sekarang dan sememangnya ibu bapa yang mempunyai sikap ini mempunyai anak yang berperangai liar.

#2: Tegas

Ibu bapa di dalam kategori adalah sangat tegas dengan anak-anak mereka. Mereka mempunyai set pantang-larang yang perlu di ikuti oleh anak-anak mereka. Semua anak-anak perlu mengikut perancangan yang di peruntukkan oleh mereka. Mereka jarang bermanja dengan anak-anak mereka.

#3: Manja.

Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak terlalu tegas kepada anak-anaknya. Anak-anak selalu di beri ke…

Pendidikan Anak - 4 Cara Membina Hubungan Mesra Dengan Anak-anak Anda

Image
Assalammualaikum & salam sejahtera..

Hari ini saya ingin berkongsikan 4 cara membina hubungan mesra dengan anak-anak anda.

1. Sentiasa peluk dan cium anak anda.

Sentiasa peluk dan cium anak anda sejak kecil lagi. Ia akan membentuk satu hubungan yang sangat hebat antara anda dan anak anda. Pelukan akan memberi satu perasaan perlindungan kepada anak anda.

Anak anda akan lebih yakin kerana dia percaya, dia ada perlindungan dari anda. Ciuman pula akan membentuk satu hubungan kasih sayang antara anda dan anak anda.

2. Simpan rahsia anak anda.

Kadang-kadang anak anda ingin perhatian dari anda dan mereka akan menceritakan sesuatu yang peribadi kepada anda seperti teman wanita atau lelaki idaman mereka, atau mungkin juga masalah rakan-rakan.

Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada anda, mereka sebenarnya mahukan anda rahsiakannya dari adik beradik yang lain. Maka, eloklah anda rahsiakannya.

3. Jangan mengutuk kelemahan anak anda.

Jangan banding-bandingkan antara anak anda dengan a…

Pedoman Islam - Fadhilat Bersedekah, Wasiat Nabi s.a.w. Kepada Saidina Ali

Image
Assalammualaikum

Nabi pernah berpesan kepada Saidina Ali..

“Wahai Ali... ketika selesai Allah menjadikan syurga, maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?

Jawab Allah: "Untuk orang yang murah hati dan berbakti..."

Maka jawab syurga : "Ya, aku redha."

Dan kemudian berkatalah neraka: "Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku?"

Jawab Allah: "Untuk orang yang kikir, kedekut dan sombong... "

Maka jawab neraka: "Ya, aku redha untuk keduanya".

Wahai Ali... Aku lihat tertulis atas pintu syurga:
"Engkau diharamkan terhadap orang yang kikir, orang yang menderhaka kepada kedua ibubapanya dan orang yang mengadu dombakan orang".

Wahai Ali... Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, maka nescaya Allah tuliskan baginya seribu kebajikan dan dihapuskan seribu kejahatan dan diangkat baginya seribu darjat.

Wahai Ali... Sesungguhnya, orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, …

Tips - Sebelum mula dekorasi rumah

Image
Assalammualaikum

Sebelum anda ingin bermula membuat dekorasi, anda perlu baca apa yang ingin saya beritahu.

Bagi mengelak sebarang kesilapan dan kerugian apabila dekorasi anda tidak menjadi, anda perlukan ‘perancangan’.

Perancangan yang anda perlukan ialah:

Tentukan temaTentukan bajet dekorasiTentukan perabot dan aksesori yang dipilihTentukan susun atur barang hiasan anda.Akhir sekali tentukan apa yang anda hendak sebenarnya?
Dapatkan lagi panduan dekorasi didalam ebook Panduan Dekorasi.

Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Pedoman Islam - Bersedekah Menambah Rezeki dan Keberkatan

Image
Assalammualaikum

Bersedekah merupakan satu perlakuan yang dipandang sangat tinggi oleh Allah dan dimuliakan dalam Islam. Sedekah akan berkembang di sisi Allah dan rugilah orang yang tidak mengambil peluang untuk bersedekah semasa hayatnya. Bersedekahlah menurut kemampuan, orang kaya bersedekah cara orang kaya dan orang yang kurang berkemampuan boleh bersedekah cara orang yang kurang berkemampuan kerana terdapat ruang yang begitu luas untuk bersedekah.

Sedekah Berkembang Di Sisi Allah.
-------------------------------------
“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.” (Ar-Ruum: 39)

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Be…

Tips - Anai-anai Ancaman Merbahaya

Image
Assalammualaikum

Kepada bakal-bakal pelabur hartanah lelong...

Dalam keghairahan anda membeli hartanah lelong yang murah dan berangan-angan untuk membuat untung besar, anda perlu juga memeriksa rumah lelong tersebut kalau-kalau rumah tersebut terletak di kawasan habitat anai-anai.

Bagaimana nak tengok dalam rumah kalau rumah tersebut berkunci?

Ada beberapa cara anda mengesan anai-anai ini :
Tanyakan jiran dipersekitaran taman tersebut tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk dikawasan tersebut. Atau cuba lihat ruang-ruang seperti melalui tingkap yang membolehkan anda lihat ke dalam rumah tersebut.
Jika pintu tidak berkunci?

Jika pintu rumah tersebut boleh dibuka anda boleh memasuki rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan.

Masalah anai-anai bukanlah terhad kepada hartanah lelong sahaja malahan pembelian secara biasa juga tidak terlepas daripada masalah ini. Jadi sentiasa berhati-hati kerana kerosakan disebabkan anai-anai boleh mencecah ribuan ringgit.

Sekian, tips untuk kali ini.

Lebih ba…

Tips - Elakkan Hartanah Seperti Ini. - Bahagian 2

Image
Assalammualaikum


Ini sambungan dari post yang lepas.... 4 Ciri rumah yang perlu anda elakkan apabila ingin membeli rumah lelong.

3. Pemaju Sudah Tidak Wujud

Bagi hartanah yang belum dikeluarkan hakmilik individu atau hakmilik strata, jika anda dapati pemaju sudah tidak wujud atau tak pernah dengar pun nama pemaju tu, eloklah diselidiki dahulu atau tinggalkan sahaja niat nak membeli hartanah tu. Pemaju yang telah digulungkan syarikatnya akan menyukarkan anda membeli hartanah lelong kerana syarikat tersebut diambil alih oleh liquidator. Kelulusan daripada liquidator biasanya mengambil masa yang agak lama, berkemungkinan waktu anda mendapat kelulusan tempohnya telah tamat.

4. Kebenaran Dari Pemaju Tidak Diperolehi

Bagi rumah yang tidak mempunyai hakmilik individu atau hakmilik strata, pihak peguam yang hendak melelong dimestikan mendapatkan kebenaran dari pihak pemaju terlebih dahulu supaya memudahkan pembelian oleh pembeli yang baru. Pernah saya hadapi satu kes dimana peguam tidak mendapatka…

Tips - Elakkan Hartanah Seperti Ini - Bahagian 1

Image
Assalammualaikum





Ini adalah perkara yang sangat penting. Terdapat 4 jenis hartanah lelong yang perlu anda elakkan dari membelinya.

1. Yuran Penyelenggaraan Terlalu Banyak

Jika Bank tidak menaggung bayarannya anda carilah hartanah yang lain.

Pernah satu ketika saya mengendalikan satu kes dimana yuran penyelenggaraan tertunggak berserta pelbagai caj lain yang dikeluarkan oleh pihak pemaju mencecah RM15,000. Hartanah tersebut dilelong oleh pihak Bank hanyalah RM40,000. Bayangkan jika ditolak harga jualan dengan yuran penyelenggaraan maka Bank hanya akan memperolehi RM35,000 sahaja. Sehingga tarikh ini pihak Bank belum lagi menjelaskan yuran penyelenggaraan tertunggak tersebut kepada pihak pemaju dan kes ini masih lagi tergantung.

2. Rumah Yang Hendak Dibeli Didiami Oleh Pemilik Asal

Jika anda mendapati rumah yang hendak anda beli itu didiami oleh pemilik asal rumah tersebut yang jenis keras kepala eloklah anda beralih ke hartanah lain kerana ia akan menyebabkan anda tidur tak lena kerana te…

Tips - Pra-syarat untuk melabur dalam hartanah lelong

Image
Assalammualaikum



Kali ini, saya ingin berkongsi 3 pra-syarat yang perlu dipenuhi sebelum anda berhajat untuk menceburi bidang pembelian hartanah lelong ini.

1. Minat Bidang Hartanah

Ini pra-syarat utama. Sesetengah orang yang mempunyai wang yang banyak, bila diajak melabur dalam hartanah lelong “tak minatlah, aku minat melabur dalam penternakan lintah!” sesetengah orang berkata “aku minat dalam Forex Trading” dan macam-macam lagi, terpulanglah, masing-masing mempunyai minat tersendiri.

Untuk berjaya didalam bidang hartanah ini pokok pangkalnya anda perlu ada minat. Sesetengah orang mula minat apabila melalui pengalaman mendapat untung RM30,000-RM40,000 setelah menjual rumah pertama dan ada juga meminati hartanah kerana tidak suka menyewa. Macam-macam perangai manusia.

2. Laburkan Wang Untuk Ilmu

Apabila anda sudah mempunyai minat anda tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit wang. Kesemua pakar-pakar kewangan bersetuju bahawa untuk menjadi hebat didalam sesuatu bidang yang hendak anda c…

Tips - 7 Soalan PENTING Sebelum Memilih Rumah Lelong

Image
Assalammualaikum

Hari ini, saya ingin memberikan sedikit tips tentang memilih rumah lelong yang ingin dibeli. Sebelum anda memberi komitmen untuk membeli sesebuah rumah tersebut. Banyak perkara yang anda perlu lihat..

Antara perkara-perkara yang anda perlu lihat adalah :-


Adakah kawasan tersebut mempunyai kawasan yang selamat dari segi kecurian. Ini anda boleh bertanyakan kepada penduduk di kawasan tersebut.Adakah kawasan tersebut seringkali banjir. Hujan yang lebat sedikit air sudah mencecah lantai.Adakah kawasan tersebut berdekatan dengan pencemaran habuk atau bunyi (berdekatan dengan kawasan kilang atau berdekatan dengan jalanraya yang sibuk).Adakah kawasan tersebut terdapat pencemaran radiasi atau berdekatan dengan alat pemancar.Adakah rumah tersebut berdekatan dengan logi kumbahan najis yang sering mengeluarkan bau yang ‘wangi’.Adakah struktur bangunan rumah yang ditambah mendapat pengesahan majlis perbandaran. Ini penting dari segi keselamatan jangkamasa panjang.Untuk lebih lagi …

Pedoman Islam - Bersedekahlah, Walaupun Dengan Sebelah Kurma

Image
Assalammualaikum..



Orang Islam tidak seharusnya meremehkan sedekah kerana amat besar hikmahnya. Ini pernah diperjelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dan menghendaki kita bersedekah walaupun dengan sebelah kurma sekiranya
ia mampu mendindingi kita dari api neraka.

Nabi s.a.w. bersabda: Maksudnya: "Siapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan." (Hadis riwayat Muslim)

Ketahuilah lebih banyak manfaat bersedekah di dalam ebook
Rahsia Sedekah di Rahsia Sedekah

Sekian, Wassalam.

Yang Benar

Zahidan Abdul Aziz


#Tajaan #Ads


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Pedoman Islam - Akan Datang Satu Zaman Sedekah Tidak Diterima

Image
#Tajaan #Ads

Assalammualaikum..

Hadis Abu Musa r.a.: Daripada Nabi s.a.w., bahawa baginda s.a.w. telah bersabda:
Umat manusia akan didatangi suatu zaman di mana seorang lelaki berjalan ke sana
sini membawa sedekah emas tetapi tidak ada seorang pun yang ingin menerimanya.

Jangan jadikan diri anda sebagai salah seorang yang menghadapi nasib
sedemikian kerana sukar untuk mencari penerima sedekah. Bersedekah lah
sekarang kerana fadhilat bersedekah amat besar sekali.

---------------------------
Keutamaan Bersedekah.
---------------------------

Sedekah memiliki keutamaan dan pahala yang besar di dunia dan akhirat.
Hanya orang yang diinginkan Allah dan diberi-Nya taufiqlah yang akan mendapatkan itu semua.
Keutamaan-keutamaan bersedekah adalah seperti berikut:

Pedoman Islam - Apa Yang Anda Baca Dalam Solat

Image
#Tajaan #Ads

Assalammualaikum

KEPENTINGAN MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT

Erti bacaan solat perlu kita fahami baik secara keseluruhan ataupun secara per kata. Dengan memahami apa yang kita baca, solat pasti menjadi lebih khusyuk dan lebih bererti. Sebaliknya, jika kita tidak mengerti apa yang kita baca, maka hati dan fikiran akan lebih mudah terganggu dengan lintasan-lintasan perkara lain di dalam hati yang akhirnya mengganggu kekhusyukan solat.


Ini terjadi kerana hati dan fikiran kita tidak memiliki "kesibukan" untuk memahami apa yang dibaca. Solat yang tidak dilandasi dengan pemahaman erti merupakan salah satu ciri ketidaksempurnaan solat. Bahkan, Allah mengumpamakan hal ini seperti orang yang sedang mabuk.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan."  - Surah An-Nisa, Ayat 43

Pedoman Islam - Tidak Sah Solat, Jika Tidak Sebut 5 Bacaan Ini!

Image
Assalammualaikum

13 Rukun Solat Dan Pecahannya

Apabila melakukan solat, terdapat 13 perkara rukun yang mesti kita lakukan. Jika tertinggal salah satu rukun ini, maka solat kita tidak sah.

Berikut adalah 13 rukun tersebut dan juga kategori pecahannya...


Ebook Rahsia Solat : Panduan Solat Sempurna Dan Khusyuk

Dapatkan ebook dan video rakaman bengkel pemantapan solat untuk memantapkan lagi ibadah solat yang dikerjakan.

Ketahui 6 Kunci Khusyuk Solat, Adab-adab dalam Solat, Perkara-perkara Makruh yang banyak dilakukan di dalam solat, serta pelbagai lagi ilmu tentang solat.

Moga usaha kecil dalam menuntut ilmu ini sentiasa diredhai Allah.

RahsiaSolat.com


SyazwanJaudin
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Pedoman Islam - Berdoalah Sebelum Mengucap Salam

Image
Assalammualaikum

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah pernah berpesan melalui sabda Baginda yang bermaksud, “Apabila kamu tasyahud, maka mohonlah perlindungan Allah daripada empat perkara.

Bacalah Doa...

Doa ini hendaklah dibaca ketika duduk tahiyyat akhir, iaitu sejurus sebelum memberi salam. Selepas selesai membaca tahiyyat akhir sehingga "hamidun majid", sambunglah dengan membaca doa diatas.

Ebook Rahsia Solat : Panduan Solat Sempurna Dan Khusyuk

Dapatkan ebook dan video rakaman bengkel pemantapan solat untuk memantapkan lagi ibadah solat yang dikerjakan.

Ketahui 6 Kunci Khusyuk Solat, Adab-adab dalam Solat, Perkara-perkara Makruh yang banyak dilakukan di dalam solat, serta pelbagai lagi ilmu tentang solat.

Moga usaha kecil dalam menuntut ilmu ini sentiasa diredhai Allah.

RahsiaSolat.com

SyazwanJaudin
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Kesihatan - Apakah Yang Anda Faham Tentang Maksud Diet?

Image
Assalammualaikum

Adakah anda tahu, apakah yang dimaksud dengan diet?

Untuk pengetahuan anda, diet sebenarnya membawa maksud sukatan makanan, bukan tak makan ye.

Diet ini sangat penting. Kalau kita tidak makan, badan tidak mempunyai tenaga yang cukup. Maka kita telah menyekat keupayaan diri untuk terus menikmati hidup yang lebih bermakna.



Saya teringat ketika zaman "jahiliyah" saya dulu. Saya diet tak makan nasi, tak minum jus, milo. Hanya air kosong sahaja. Makan pun yang bersup. Sayur-sayur dan buah. Ayam dan daging pun tak boleh makan banyak, konon kata orang, menggemukkan.

Fadhilat Bersedekah, Wasiat Nabi s.a.w. Kepada Saidina Ali.

Image
Assalammualaikum....

Nabi pernah berpesan kepada Saidina Ali..

“Wahai Ali... ketika selesai Allah menjadikan syurga,
maka syurga lantas bertanya: Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?

Jawab Allah: "Untuk orang yang murah hati dan berbakti...

Maka jawab syurga : "Ya, aku redha."

Dan kemudian berkatalah neraka: "Wahai Tuhan, untuk apakah pula Engkau jadikan aku?"

Tajaan : Buku Panduan Instagram Kababoom

Image
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam dan beberapa hari lepas saya ada beri panduan percuma Panduan Bisnes Instagram Kababoom sehingga 11.59 malam tadi.

Maaf, saya tidak berikan lagi ebook itu secara percuma lagi. Server kami jadi berat plak bila ramai download.

Tajaan : Buku Panduan Instagram Kababoom

Image
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Beberapa hari lepas saya ada post pasal Panduan Bisnes Instagram.

Sememangnya, pada post lepas saya bagi percuma sahaja panduan tu.



Tetapi, dalam beberapa hari ini juga ada yang PM saya untuk minta link download itu lagi.
Kerana link asal saya telah tutup untuk dimuatturun.

Diatas perbincangan dengan rakan kongsi, kami setuju untuk beri beberapa hari lagi untuk dimuatturun

Tapi sehingga jam 11.59 malam ini sahaja tau.

Anda boleh terus ke website download kami di Download Percuma Sudah Tamat


Tetapi anda masih boleh membelinya disini --- > www.igkaboom.com

SyazwanJaudin
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Download : Percuma Ebook Instagram Kababoom

Image
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai tak antara anda yang promosi produk atau servis di Instagram?

Amacam sales ok tak melalui medium tu?

Hari ini saya nak beri Ebook Preview "Panduan Bines Instagram" secara PERCUMA!!

Ye! Saya bagi percuma...

Kalau nak boleh terus ke website download kami di End.....

Tetapi anda masih boleh membelinya disini --- > www.igkaboom.com


SyazwanJaudin
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Tips : Membuat Kajian Pasaran Online

Image
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada usahawan & sahabat-sahabat sekalian,

Sekarang tahun 2016.

Jika anda seseorang yang berniaga secara online, anda kena pandai kaji trend terkini kegemaran rakyat Malaysia.


Anda perlu tahu beberapa perkara seperti :

Tahun 2016 : Adalah Tahun Mencabar

Image
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada usahawan & sahabat-sahabat sekalian,

Dikatakan Tahun 2016 ini adalah tahun yang mencabar bagi para peniaga. Cabaran yang besar ini juga bukan sekadar membeban syarikat kecil tetapi juga melibatkan syarikat gergasi.

Hal ini boleh disaksikan oleh Penutupan Kilang Samsung Di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.


Untuk maju dalam bidang yang diceburi, kita mesti mempunyai sesuatu idea yang dianggap ‘gila’.