Boleh lak kan, pecah rumah kat Jeddah, Arab Saudi.. Memacam cerita pelik la sekarang ni... Naper dia tak rompak kat negara sendiri yer.... Aper2 pun jom kita baca cerita kat bawah ni....
JEDDAH: Empat warga Indonesia ditahan, semalam kerana memecah masuk beberapa rumah di Jeddah.
Kumpulan empat lelaki itu terbabit dengan kecurian di daerah Mohammadia, Nahda dan Naeem di utara Jeddah.
“Penjenayah terbabit didapati melompat tembok kediaman, memecah masuk melalui tingkap dan pintu sebelum melarikan barang berharga yang mudah dibawa,” kata pegawai polis Jeddah, Leftenan Nawaf Al-Bouq.
Menurutnya, keempat-empat suspek mengakui melakukan jenayah itu ketika disoal siasat.
“Mereka turut membawa polis ke semua lokasi yang menjadi sasaran kegiatan jenayah mereka. Mereka masih direman bagi siasatan lanjut,” kata Nawaf lagi. Jika sabit kesalahan, keempat-empat penjenayah akan dijatuhi tempoh hukuman penjara yang panjang atau dihantar pulang ke negara asal mereka.

Comments
Rompak kat kat negara sendiri kurang masyuk la...
:)