Rumah Tangga - Kenapa perlu kursus perkahawinan?

Salam,

Apa kabar pembaca aku yang budiman dan "Silent Reader" aku? Semoga korang dalam keadaan yang baik bersama insan yang tersayang.

Hari ini, aku nak rungkai kan sedikit beberapa perkara yang masih menjadi persoalan kepada golongan2 bujang atau anak dara atau yang masih belum berkahwin.

Sesungguhnya, perkahwinan itu indah untuk dilalui dan dalam keindahan itu terdapat jurang2 dan batu2 yang menghalang perjalanan kebahgiaan kita. Dan tidak lupa penghasut utama kita.Syaitan yang direjam.

Entry aku ari ni agak serius sikit. Iaitu tentang "Kenapa perlu kursus perkahwinan?". Aku tau ramai kat luar sana yang mempunyai pendapat dan pandangan masing2 tentang perkara ini. Percaya la wahai pembaca ku sekalian, perkara yang aku nak sampaikan pada hari ini akan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada korang untuk dipraktikkan kelak.

Ada beberapa perkara yang korang perlu tau tentang kursus ini. Iaitu tujuan kursus ini dijalankan:

  1. Untuk korang mengenal aper bahasa yang boleh dan tidak boleh digunakan dalam rumah tangga.
  2. Bila berlaku persengketaan antara pasangan, apa yang perlu dibuat
  3. Mengurangkan kes perceraian yang disebabkan pasangan itu jahil tentang rumah tangga
  4. Akhlak sebagai suami atau isteri. Didalam rumah dan diluar rumah
  5. Tanggungjawab lelaki (suami) dan wanita (isteri) selepas berumah tangga.
  6. Cara lafaz cerai bg suami supaya korang x nyesal (gila talak) pas korang cerai
  7. Sama juga ngan pompuan cara nak minta lepas, supaya korang x nyesal (gila talak jugak) kendian hari
  8. Pemberian nafkah masa masih bersama dan lepas bercerai (bila xpaham bab ni tu yg masuk mahkamah syariah lelama tu.... buang masa dan buang duit sebab korang xpaham bab ni ajer... fokus kat sini )
  9. Tentang tanggungjawab suami dan isteri pada mak ayah. ** Sila fokus bab ni,, ni pun punca cerai...
  10. Last sekali tentang solat dan ibadat korang dalam agama.
  11. Tentang makna harta sepencarian dan bukan sepencarian (untuk kes cerai)
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak tulis tapi nanti korang pening plak, ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri lepas berkahwin dan pemerhatian di sekeliling aku.

So apa pendapat korang? Luahkan la...

Okay next entry aku nanti, aku akan cerita tata tertib korang nak g kursus kawin dan macam korang nak fokus... Okay sekian...

Comments

one2paii said…
kalo gua x g kursus tu, gua x akan bolei ssame sekali untuk kahwin..kan kan..xkn lu nak kawin kan gua lak..kan kan..hahaha
SyazwanJaudin said…
tau xper... ada pentingnyer kursus ni