Kisah Orang Berduit Tukar Tayar dan Rim....

Salam,

Lama aku tak dapat menulis dengan tenang dan penuh idea begini. Setahun aku berehat dari membuat apa-apa coretan di blog aku yang serba hijau ini. Iyela semenjak anak aku dilahirkan didunia ini, mana aku ada masa nak update blog aku nie... sekarang ni anak aku da besar sikit, so leh la aku bergiat aktif semula....

Alhamdulilah, hari ini aku dapat menukar keempat-empat tayar kereta milik isteri aku, yang mana aku kira sudah hampir dua tahun ia terpasang dikereta ini. Duit ini semua aku kumpul sejak 2 tahun kebelakangan ini. Maklumlah, aku kan sudah menjadi miskin semula pada ketika itu. Kene lah kumpul sikit-sikit.

Setelah aku ditipu pada tahun 2009, aku mengambil masa yang lama untuk membetulkan semula semua kesilapan aku. Ini pun masih ada lagi saki baki yang tak dapat aku setelkan dalam masa terdekat. Insyaallah, tahun ini akan selesai semuanya.

Berbalik pada tajuk asal cerita ini, ia berlaku di kedai tukar tayar tadi. Silakan ikuti kisah ini.

Kisah Orang Berduit Tukar Tayar dan Rim....



Jam menunjukkan tepat pukul 11.00 pagi. Aku memandu kereta Perodua Viva milik isteri aku menuju ke kedai tayar tempat Amran bekerja iaitu kenalan aku. Kedai yang dimiliki oleh Ah Soon itu memang sudah menjadi tempat wajib yang akan aku tuju sekiranya ingin menukar tayar ataupun menukar bateri. Kiranya aku ini adalah pelanggan tetap kedai ini.

Tibanya aku dihadapan kedai Ah Soon, aku telah memberitahu niat aku untuk menukar keempat-empat tayar kereta kepada Amran. Amran bersetuju untuk menukar tayar kereta aku setelah dia selesaikan kenderaan sebelum aku.

Tiba-tiba datang pula sebuah kereta Honda Accord putih meletakkan keretanya disebelah kereta aku. Aku pun memerhatikan kereta itu. Aku lihat bunga tayar kereta itu masih tebal dan cantik. Rim Sukan ( Sport Rim ) beliau juga nampak berkilat. Aku pulak yang tertanya-tanya sendirian, apa yang sebenar berlaku kepada kereta itu?

Pintu kereta itu dibuka, dan keluar 2 orang lelaki yang mana seorang mungkin berumur dalam 30an dan seorang lagi remaja dalam lingkungan 20an, terfikir aku sendiri. Mereka masuk kedalam kedai dan mencari pemilik kedai, oleh kerana Ah Soon dan Amran tengah sibuk, maka mereka berdua hanya berdiri dan diam sahaja sambil menunggu pemilik kedai membuat pertanyaan.

Setelah Amran bertanya kepada mereka, "Ya Encik, apa yang boleh saya bantu?". Baru aku tahu tujuan mereka. Mereka rupanya ingin membeli tayar dan Rim Sukan yang baru.

Aku pun memberanikan diri untuk berbual dengan mereka. Laluku hampiri mereka dan bertanya, "Tukar Sport Rim ke bang?". Lalu salah seorang dari mereka iaitu yang tua sedikit menjawab,"Haah, saya dah bosan la dengan rim tu." Lalu kami berbual lebih panjang.

Aku       : Itu rim asal ker bang?
Lelaki 1 : Taklah, saya da tukar da. Ini rim kali ke 10 saya tukar. Yang nak beli ini kira yang ke 11 la.
Aku       : Ooo yeke...
Lelaki    : Saja ajer saya tukar, kalau boring saya tukar la lagi. ( Dengan nada sedikit riak )


Aku jawab "Ooo yeke" sekali lagi, lalu aku menamatkan perbualan. Malas pulak nak menyambung semula perbualan bila dengar nada riak dia. Lantas aku menghampiri Amran untuk melihat dia menukar tayar kereta aku.


Pada ketika aku memerhatikan Amran menukar tayar kereta aku. Aku terfikir, apakah sebenarnya pekerjaan orang kaya tadi? Hendak tanya malu dan malas pulak. Sebab, kalau lihat no pendaftaran keretanya, kalau tersilap ianya keluaran awal tahun 2011. Takkan lah dalam masa setahun tukar Rim Sukan sebanyak 11 kali. Macam membazir saja. 


Ah! malas aku nak fikir lagi. Setelah kereta aku siap, aku membuat pembayaran lalu ke pergi dari situ.

p/s : Rakan-rakan sekalian! Ingat! Hari ini mungkin kita diatas, esok lusa mungkin kita dibawah. Bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini dengan berdoa, beriabadat dan sujud kepada yang Maha Esa iaitu Allah S.W.T.


Comments