Info Dari FB - Rahsia Genggaman Tangan Manusia

Salam,

Seperti biasa aku buat entry melalui info dari rakan-rakan FB. Pemilik yang membuat entry ni di FB semestinya tidak boleh marah kat aku, kerana jika kita telah berkongsi sesuatu di FB, ianya pasti bukan hak milik mereka lagi... 


Kerana didalam FB terdapat button untuk kita sebarkan dan kongsikan kepada sesiapa sahaja... Tapi untuk menghormati penulisan mereka, seharusnya... bukan tapi wajib kita memberi kredit kepada page atau nama mereka...

Insyaallah... benda baik tak salah kita kongsi...

Rahsia Genggaman Tangan Manusia


1. Cuba tengok jari korang. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Letakkan korang tangan diatas meja, perhatikan. Bermula dari jari kelinking yg kecil hingga ke jari yang besar. Macam manusia dan apa benda pun akan mula dari kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apapun kita buat, semua mula dari kecil. Kegagalan mendidik anak pada usia muda akan beri impact/kesan yang besar pada masa depan.

4. Kemudian tengok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la dengan usia remaja.. semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. Pada usia 30an kita dah punya status , ekonomi dan career yang kukuh tapi kita kena berhati-hati sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu cemburu dan macam-macam hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi, dikhuatiri kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ini lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali jari telunjuk, tengok betapa gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dan tauladan pada jari-jari sebelum ini. Macam tu jugak dengan kita, perlu jadi contoh untuk golongan masa hadapan.. jadi pembimbing yang kaya dengn idea bernas dan berfikiran positif.

7. Akhir sekali, renung la ibu jari.. besar, gemuk dan pendek berbanding dengan yang lain menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam atau pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah.

Kepada generasi muda, nak buat apa-apa rujuk la kat orang tua atau yang berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, kemudian boleh la kita cakap "good" atau "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita!

Walaupun artikel ini telah diubah oleh aku, kerana bahasa dan cara penulisan asal nyer tidak kene ngan blog aku, aku tetap akan memberi kredit kepada tuan fanpage yang aku jumpa artikel ini..

Kredit to BlogCeritaMamat


BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

KHai said…
Tak terfikir akan semua benda ni...

Terima kasih kerana sudi berkongsikan info yang sangat menarik untuk renungan kita semua...

http://kedaiebooksmalaysia.blogspot.com/