Info - Periksa Tarikh Luput Tong Gas Anda!!


Assalammualaikum

Semoga korang sihat-sihat belak hendaknya dihujung minggu ni... Hari ini aku bawa sikit isu keselamatan penggunaan gas kat dalam rumah korang....


Aku yakin ramai diantara korang yang tak tahu pasal hal ni... Info ni aku jumpa dalam salah satu fanpage kegemaran aku... minta share yer tuan.... kerana apa yang telah dikongsikan dalam FB tu adalah article yang boleh dikongsikan...

Semoga info bermanfaat untuk korang... enjoy


Periksa Tarikh Luput Tong Gas Anda

Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan kemalangan. 

So hati - hati bila menerima selinder gas dari penjual gas.

Ada beberapa cara untuk korang membuat pemeriksaan tong Gas LPG ni....

Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG :

Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut;

A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06.


Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun -

A utk March ( Suku pertama ),
B utk June (Suku kedua ),
C utk Sept ( Suku ketiga ), &
D utk December ( Suku keempat ).

2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan

Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006.

Kongsi message ini dengan rakan - rakan anda. 

Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa.

Hari itu, aku ada tengok berita kat tv.... ada juga cerita pasal tong gas baru.... tapi xtau la bila ia akan dipasarkan... harap-harap tong gas yang baru lebih selamat dan mesra pengguna...



BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

syafiqa said…
terima kasih di kongsi kannn