Nasihat - Bahaya Gambar Menjolok Mata di Facebook

Salam,

Apa Khabar korang semua. Seperti biasa sekali sekala aku akan menegur mana yang aku rasa tak patut remaja macam korang buat dalam dunia internet nie...

Bahaya Gambar Menjolok Mata di Facebook Onani
Saja letak jer
Hari ini aku nak cerita pasal keghairahan remaja sekarang meletakkan gambar-gambar yang menjolok mata atau menghairahkan di Facebook.

Sebelum aku bermula, baik korang tenangkan fikiran dan kosongkan minda korang dari perkara-perkara negatif. Kerana bila korang start dengan berfikir negatif, semua perkara yang akan aku sampaikan akan menjadi negatif dan huru-hara....

Okeh, korang tenangkan minda korang dalam masa 5 saat, bermula sekarang:


1


2


3


4


5


Ok, Mari kita bermula.....

Gambar Tidak Hilang Dari FB

Korang tahu tak, terdapat satu penulisan dari blog Wantech Notation yang bertarikh 13 Oktober 2010 ada menyatakan bahawa gambar yang telah dipadam oleh pemiliknya dari akaun FB, sebenarnya masih ada dalam simpanan data pihak FB.

So, jika korang ada upload gambar yang kurang elok atau tak senonoh, bayangkan apa akan jadi jika gambar ini betul tidak hilang dari data FB. Mungkin, ada antara staff mereka yang kurang jujur dan ambil kemudian jual gambar anda di internet dan dapat pulak kat lelaki Hidung Belang.

Selepas ini, aku harap korang jangan la upload gambar yang tak senonoh lagi.

Untuk info lebih detail korang leh lawat blog Wantech Notation ni..


Download Gambar Anda Semudah A B C


Korang tau tak? Setiap gambar yang korang upload ke FB tu sebenarnya boleh di muat turun ( Download ) dengan semudah ABC sahaja. Jom aku ajar korang macam maner.

1. Korang carik memaner gamba korang

Bahaya Gambar Menjolok Mata di Facebook Onani

2. Pastu korang Right klik kat gambar tu. Korang akan dapat macam screenshot kat bawah tu.

Bahaya Gambar Menjolok Mata di Facebook Onani

3. Pastu, korang pilih Save Image As. Dah selesai korang muat turun gamba dari FB.

Jika, semudah ini untuk download gambar korang. Bagaimana pula dengan gambar-gambar korang yang tidak senonoh dan kurang elok itu? Kan mudah untuk orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini memuat turun gambar tersebut..

Bagaimana pula, jika ada lelaki hidung belang yang memuat turun gambar sexy korang tu untuk mereka berimaginasi atau onani? Korang dapat BONUS, untuk DOSA yang korang tak buat. Tahniah aku ucapkan.

So, kesimpulannya disini. Berfikirlah sebelum korang buat sesuatu. Memang korang cantik, tapi peliharalah kecantikan korang tu untuk yang berhak

Dan ingat kecantikan tidak kekal selamanya. Takkan lah da tua nanti masih nak kumpul BONUS DOSA korang tu...

Minta Maaf jika entry aku kali ini agak kasar. Kerana aku Menulis Untuk Korang Semua.

BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

abg pasar said…
wa.. kaya la camni.. klik "BaCa LaGi Di SINi >>>" kuar iklan klik nak "komen" pun kuar iklan.. Bila nak belanja.. Haha.. gurau jer.. Aku bukan takat gambar x snonoh.. gambar snonoh pun x wujud kat internet.. Memandangkan aku dah terotomatik klik iklan.. jadi aku pun nak iklan blog aku.. bolehkan..

Sila klik saya.
SyazwanJaudin said…
Eh nasib ko tegur.. aku tak setting la iklan tu
eva said…
hohohohoh... dunia IT sgt misteri.. sbb tu ayah sy slalu ckp jgn terlalu dedah sgt dekat IT..
SyazwanJaudin said…
Misteri dan tak pasti.. hehehe...