Tips - 4 Petua Kempiskan Perut

Assalammualaikum

Hari ini aku ada tips baeeekk punya untuk kempiskan perut... Korang tau tak naper aku bersemangat nak buat entry ni.... Walaupun orang uma aku perli aku ketika aku ingin memula menulis entry... Dia cakap kat aku, diri sendiri gemuk nak buat entry pasal kempiskan perut... hehehe... terkene sudah...

Sebenarnya entry ni da tertangguh hampir 2 minggu untuk aku terbitkan...

Oleh kerana orang uma aku sekarang busy ngan keje hakiki dia... so boleh la aku curi-curi tulis entry ni... hahaha...

Okeh ni ha sebabnya... sebab perut aku kecil sikit dari gambar di bawah....


Walau apapun yang terjadi aku nekad nak teruskan jugak entry ni... Mana tahu ada orang yang mendapat manfaaat dari entry aku tulis nih... Jadi, apakata kita teruskan dengan tajuk kita yang sebenar...



4 Petua Kempiskan Perut


Aku sediakan 4 pilihan semuanya... pandai-pandai la korang timbal-balik nak ikut yang mana satu... ( psssttt.. satu pun aku tak buat lagi... korang jangan bagi tahu ngan pembaca blog aku tau... ini rahsia kita... hehehe... )



Pilihan 1:

1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .

2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)

3. Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.


Pilihan 2:

1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.

2. Embunkan semalaman. ( tak berapa sesuai kat area bandar sebab udara yang kotor dan berhabuk, kg boleh )

3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

4 Petua Kempiskan Perut
Korang xnak jadi macam ni kan


Pilihan 3:

1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.

2. Minum air setelah selesai makan

3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam – 3 jam kemudiannya.


Pilihan 4:

Korang cuba tengok kat website kuruskan badan ni.... dengar citer diorang ada tips baeeek jugak untuk kempiskan perut...

Okeh, ni link direct terus ke website diorang Tips Kempiskan Perut

p/s : yang ni pun aku tak try lagi hehehe... 


BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

CikTeddyCorner said…
kena bookmark nih.ahaha
SyazwanJaudin said…
Lagi bagus kalau ajak member2 sekali bookmark... hahahha