Penipu - Modus Operandi Terbaru Sindiket Penipuan

Assalammualaikum

Cerita ini adalah diadaptasikan dari kisah sebenar... Ia berlaku kat kawan aku satu pejabat.. dan perkara ini berlaku betul dihadapan aku...

Kalau korang nak baca lagi teruskan, kalau xnak abaikan jerla blog ini....

Semoga memberi peringatan kepada korang supaya berhati-hati....

Penipu - Modus Operandi Terbaru Sindiket Penipuan

Jam 9.31 pagi waktu Malaysia... Kawan satu pejabat aku, menerima panggilan dari Pejabat Pos Malaysia dari cawangan Johor... Seorang lelaki yang membuat panggilan...

Pemanggil itu menyatakan bahawa kawan aku mempunyai 5 surat Panggilan Mahkamah yang dihantar ke alamat sebuah kampung di Mersing... Sedangkan kawan aku tak pernah pun tinggal di Mersing...

Pemanggil itu kemudian menyatakan lagi bahawa kes kawan aku ini telah dibawa ke Balai Polis Bukit Aman... so, pemanggil itu meminta kebenaran untuk memberi no telefon member aku ini kepada Pegawai yang bertugas di Bukit Aman itu....

Tidak sampai setengah jam, pegawai dari Bukit Aman (konon-konon) telefon... setelah berborak agak lama dengan pegawai polis itu, kawan aku arahkan pegawai itu membuka sampul surat berkenaan.. tetapi pegawai itu berkeras untuk tidak membukanya atas alasan Amanah..

Kemudian pegawai itu memberitahu kawan aku untuk menghantar surat itu ke Balai Polis yang berkaitan...

Korang mesti tertanya-tanyakan, apa yang ditipu nya...

Panggilan kedua

Pegawai penipu itu akan membuat panggilan kedua, dan pada masa panggilan kedua inilah masa untuk mereka meminta no akaun anda...

Dan masa ini jugalah, berkemungkinan mereka menggunakan sihir..

Telefon Semula Balai Polis Bukit Aman

Nampak mudahkan tajuk dan arahan yang diberikan.... sebenarnya ada caranya untuk menelefon semula Bukit Aman...

Pertama : Telefon semula menggunakan telefon lain selain anda punya sendiri.. kerana no anda telah disetkan.. jika anda mendail semula no berkenaan, anda tidak akan dapat bercakap dengan pegawai polis yang sebenar, tapi anda akan dapat bercakap dengan penipu...

Kedua : Pastikan anda periksa dahalu no itu di internet... Di laman web PDRM...

Kemudian, anda tanya dengan pegawai yang jawab panggilan anda itu berkenaan hal ini...

Untuk mendapatkan lebih banyak info korang klik jer kat link bawah tu...

1. Keselamatan Telefon Bimbit Anda

2. Sony Internet Tv



BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments