Iklan Raya Petronas Baru 2012

Assalammualaikum

Pejam celik, pejam celik... pergi kerja balik kerja... pergi kelas balik kelas.. pergi surau balik surau.. Sedar-sedar saja sudah 19 hari berpuasa dan malam karang malam ke 20 kita berterawikh... Maknanya tinggal lebih kurang 10 hari lagi kita akan menyambut Syawal..

Dengan harapan, puasa tahun ni sempurnalah hendaknya... Dan semoga tahun ini juga kita mendapat keberkatan yang sempurna...

Ibu Bapa Muslim Ramadhan Raya Rancangan Tv Syawal Iklan Iklan Raya Petronas



Iklan Raya Apa Pula Yang Menarik Tahun Ini?

Setiap tahun, setiap kali nak Raya, seringkali kita dihidangkan dengan iklan-iklan yang menghayat hati dan menyentuh hati ditayangkan di kaca televisyen. Kita mesti sentiasa tertunggu-tunggu kan, iklan apa pula yang akan ditayangkan tahun ini?

Tidak kira dari mana-mana penaja pun, baik TM, Proton, TV3, Petronas dan sebagainya. Mereka berjaya membuatkan hati kita riang, luluh, beremosi, sedih dan sebagainya. Syabas aku ucapkan kepada mereka yang terlibat dengan pembikinan iklan-iklan ini.

Iklan Raya Petronas Baru 2012

Baiklah seperti tajuk diatas, aku nak cerita sedikit pada korang tentang iklan Raya terbaru yang dikeluarkan oleh Petronas. Walaupun iklan ini agak panjang ceritanya, pada aku ia amat berbeza dengan iklan-iklan yang pernah dikeluarkan oleh mereka..

Dalam iklan kali ini yang digelar oleh mereka sebagai Strangers, terdapat keunikan yang tersendiri dari segi jalan cerita dan penyampaiannya. Juga, seperti biasa cara mereka menyentuh perasaan kita..

Baiklah, aku tidak mahu bercerita panjang... Apakata korang tengok jer sendiri iklan ni... Klik saja gambar dibawah ini.

Ibu Bapa Muslim Ramadhan Raya Rancangan Tv Syawal Iklan Iklan Raya Petronas


BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments