Assalammualaikum & salam sejahtera..
Hari ini saya ingin berkongsikan 4 cara membina hubungan mesra dengan anak-anak anda.
1. Sentiasa peluk dan cium anak anda.
Sentiasa peluk dan cium anak anda sejak kecil lagi. Ia akan membentuk satu hubungan yang sangat hebat antara anda dan anak anda. Pelukan akan memberi satu perasaan perlindungan kepada anak anda.
Anak anda akan lebih yakin kerana dia percaya, dia ada perlindungan dari anda. Ciuman pula akan membentuk satu hubungan kasih sayang antara anda dan anak anda.
2. Simpan rahsia anak anda.
Kadang-kadang anak anda ingin perhatian dari anda dan mereka akan menceritakan sesuatu yang peribadi kepada anda seperti teman wanita atau lelaki idaman mereka, atau mungkin juga masalah rakan-rakan.
Jika mereka bercakap sesuatu yang peribadi kepada anda, mereka sebenarnya mahukan anda rahsiakannya dari adik beradik yang lain. Maka, eloklah anda rahsiakannya.
3. Jangan mengutuk kelemahan anak anda.
Jangan banding-bandingkan antara anak anda dengan anak anda yang lain. Jangan juga bandingkan antara anak anda dengan kanak-kanak yang lain.
Anak-anak menganggap anda adalah pelindung besar mereka. Jika anda mula tidak menyokong mereka, anda akan hilang hormat dari mereka.
4. Beri perhatian jika anak-anak bercakap dengan anda.
Pastikan anda melihat mata anak anda ketika anda berkata dengan mereka. Anak-anak sangat suka mengadu, jadi layan sahaja aduan mereka dengan penuh kasih sayang. Setiap kali anda mendengar aduan dari mereka, mereka akan semakin rapat dengan anda.
Sekian, semoga tips hari ini dapat membantu anda mengeratkan lagi hubungan anda dengan anak-anak anda.
Entry asal dari Suhaila Abu Kassim
Penulis Ebook DidikAnak.com
Dapat Panduan Mendidik Anak di DidikAnak.com
SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk
Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk
#Tajaan #Ads
Comments