Pendidikan Anak - 4 Kategori Ibu Bapa Didalam Keluarga



Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat dan gembira di samping anak-anak dan keluarga.

Baiklah, hari ini saya ingin memberikan tips mengenai jenis-jenis ibu-bapa, mungkin anda boleh semak-semak diri anda, anda berada di kategori yang mana satu.

#1: Tidak peduli.

Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak peduli dan tidak langsung memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka. Asalkan mereka hidup, cukuplah. Ia memang banyak terjadi sekarang dan sememangnya ibu bapa yang mempunyai sikap ini mempunyai anak yang berperangai liar.

#2: Tegas

Ibu bapa di dalam kategori adalah sangat tegas dengan anak-anak mereka. Mereka mempunyai set pantang-larang yang perlu di ikuti oleh anak-anak mereka. Semua anak-anak perlu mengikut perancangan yang di peruntukkan oleh mereka. Mereka jarang bermanja dengan anak-anak mereka.

#3: Manja.

Ibu bapa yang berada di dalam kategori ini selalunya tidak terlalu tegas kepada anak-anaknya. Anak-anak selalu di beri kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka.

#4: Seimbang.

Ini adalah golongan ibu bapa yang ideal. Mereka tidak terlalu garang dan juga tidak terlalu memberi ruang kepada anak-anak mereka. Kebanyakan manusia genius di dunia membesar dengan keluarga sebegini.

Ibu bapa dalam golongan seperti memahami apa yang anak mereka mahukan. Keluarga mereka adalah keluarga bahagia.

Kadang-kadang kita terlalu terikut-ikut dengan gaya ibu bapa kita semasa kecil. Kita juga terlalu terikut-ikut dengan keadaan sekeliling.

Namun, semuanya bergantung kepada kita. Anak akan jadi yang terbaik, jika didikan kita betul.

Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam.

Sekian untuk tips hari ini...

Entry asal dari Suhaila Abu Kassim

Penulis Ebook DidikAnak

Dapatkan Panduan Didik Anak Di DidikAnak.com

Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments