Assalammualaikum & salam sejahtera..
Untuk pengetahuan anda, anak anda tidak dapat berfikir secara matang atau rasional selagi umur mereka tidak menjangkau 20-an.
Ini kerana bahagian hadapan kortex di otak anak anda yang berfungsi untuk membantu manusia berfikir secara rasional dan matang tidak membesar dengan sepenuhnya sehingga mereka berumur 20-an.
Jadi, tugas ibu bapa adalah untuk memahami apa yang anak mereka fikirkan dan bimbing mereka untuk melakukan perkara yang tepat dan betul. Jadi, ibu bapa di galakkan untuk sentiasa berinteraksi dengan anak-anak mereka supaya mereka faham apa yang tersirat di sebalik pemikiran anak mereka.
Katakan anak anda berminat untuk bermain bola, anda perlu berikan sokongan penuh walaupun anak anda tidak hebat dalam bersukan. Anak-anak memang suka bermain, asalkan ia dapat memenuhkan impian mereka, mereka akan lakukannya.
Ramai remaja yang minat untuk belajar bermain gitar kerana menganggap ia sesuatu yang perlu, sedangkan ia tidak. Ibu bapa patut selalu ada untuk menjawab semua persoalaan atau kekeliruan yang ada pada anak-anak mereka.
Berikut adalah apa yang selalunya berlaku pada anak-anak anda mengikut umur:-
a) Umur 1 hingga 3 tahun.
Ketika ini anak anda memang tidak mampu untuk melakukan sebarang keputusaan dan mungkin ia adalah waktu paling leceh untuk anda menjaga mereka. Menangis adalah pekerjaan utama mereka pada ketika ini.
Ibu bapa perlu sentiasa tahu apa kemahuan si kecil ini terutamanya masa mereka ingin bermain, makan, tidur dan buang air kecil. Anda perlu konsisten meramal kemahuan si kecil ini.
b) Umur 3 hingga 5 tahun.
Ketika ini anak anda selalunya sudah mula berfikir untuk kemahuan diri mereka. Mereka akan mendapat mimpi yang menakutkan, mereka sudah ada rasa takut, ceria dan sedih.
Pada ketika ini, mereka mula ingin mempelajari perkara yang kompleks. Anda perlu menjawab setiap soalan yang mereka tanya dengan bijak.
Pada ketika ini juga, anak anda sudah mula ingin mempelajari sesuatu dan berkomunikasi dengan manusia lain. Bimbing anak anda untuk berkomunikasi dengan sopan dan tertib. Sentiasa bermain permainan dengan anak anda untuk meningkatkan daya pemikiran mereka.
Jadi, fahamilah anak anda, agar mereka dapat membesar dengan lebih baik dan sempurna.
Sekian untuk tips hari ini. Dapatkan Panduan Didik Anak Di DidikAnak.com
Entry asal dari Suhaila Abu Kassim
Penulis Ebook DidikAnak
Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk
Comments