Tips - Pra-syarat untuk melabur dalam hartanah lelong

Assalammualaikum



Kali ini, saya ingin berkongsi 3 pra-syarat yang perlu dipenuhi sebelum anda berhajat untuk menceburi bidang pembelian hartanah lelong ini.

1. Minat Bidang Hartanah

Ini pra-syarat utama. Sesetengah orang yang mempunyai wang yang banyak, bila diajak melabur dalam hartanah lelong “tak minatlah, aku minat melabur dalam penternakan lintah!” sesetengah orang berkata “aku minat dalam Forex Trading” dan macam-macam lagi, terpulanglah, masing-masing mempunyai minat tersendiri.

Untuk berjaya didalam bidang hartanah ini pokok pangkalnya anda perlu ada minat. Sesetengah orang mula minat apabila melalui pengalaman mendapat untung RM30,000-RM40,000 setelah menjual rumah pertama dan ada juga meminati hartanah kerana tidak suka menyewa. Macam-macam perangai manusia.

2. Laburkan Wang Untuk Ilmu

Apabila anda sudah mempunyai minat anda tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit wang. Kesemua pakar-pakar kewangan bersetuju bahawa untuk menjadi hebat didalam sesuatu bidang yang hendak anda ceburi, anda perlu banyak membaca apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan bidang tersebut. Jika anda ingin melabur dalam hartanah lelong anda perlu membaca sebanyak yang mungkin sumberrujukan berkaitan dengan hartanah lelong seperti membaca buku, menghadiri seminar dan berguru dengan pakar di bidang tersebut. Kesemua ini memerlukan pengorbanan wang.

3. Bersahabat

Ini bukan bersahabat dengan jin! tetapi bersahabat dengan mereka yang terlibat dalam bidang hartanah secara langsung. Siapakah mereka ini ? Mereka terdiri dari pelelong, ejen hartanah, penilai hartanah, peguam dan pegawai bank. Biasanya ‘bahasa atau topik’ perbualan mereka ini adalah lebih kurang sama “hartanah, hartanah, hartanah”. Jika anda bersahabat dengan ahli forensik ianya mungkin tidak membantu anda!.

Sekian,

Jangan lupa dapatkan ebook "Rahsia Rumah Lelong" untuk mempelajari
selok belok membeli rumah lelong.

Original Article from Ahmad Tarmizi Jusoh (RumahLelong Dot Com)

Maklumat lanjut klik sini >> Rahsia Rumah Lelong

#Tajaan #Ads


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments