Akhirnya Terjebak Juga Menjadi Seorang Pemandu Uber

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
 

Lama sebenarnya tak menulis, dan ini adalah penulisan yang pertama untuk tahun 2017. Pagi ini tiba-tiba datang pula 'mood' untuk menulis kat entri BLT ini. Lagipun blog ini pun sudah lama sunyi.

Saya banyak fokus pada kerja-kerja menulis ebuku dan menulis di blog saya yang lain iaitu http://ideaprojek.blogspot.my/ . Maklumlah blog tersebut banyak kena mengena dengan kerja hakiki saya.

Baiklah, untuk dijadikan cerita, tahun 2017 ini akhirnya saya terjebak juga mendaftar menjadi seorang pemandu uber yang bertauliah dan telah disahkan aktif oleh pihak uber. Sudah 2 bulan sebenarnya saya daftar sebagai pemandu uber ini, cuma kali ini baru saya berkesempatan untuk menulis mengenai hal ini.

Saya sudah lama mencari informasi dan pelbagai panduan di internet mengenai uber ini. Hal ini terjadi pun setelah Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, mengumumkan tentang membenarkan uber ini beroperasi di Malaysia pada Pembentangan Bajet 2017 tahun lepas. Akhirnya saya menjadi juga seorang pemandu Uber.

Saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa pengalaman yang berkaitan perkhidmatan awam seperti membawa teksi. Kiranya ini juga salah satu perkara yang saya buat secara terjah sahaja, sama seperti saya mula-mula menceburkan diri dalam bidang Emcee dan Deejay di Majlis Perkahwinan pada 2012 dahulu.

Alhamdulillah Syukur

Walaupun pengalaman trip yang terawal saya lakukan tidaklah mendatangkan hasil seperti yang diharapkan, saya tetap nekad untuk meneruskan perjalanan ini dengan niat meningkatkan ekonomi keluarga dan seterusnya menyelesaikan segala hutang dengan izin Allah S.W.T.


Pada awal-awal saya memandu uber, kebanyakan trip yang diterima hanyalah trip berdekatan sahaja. Kekadang tidak sampai pun 5km. Tapi bagi saya ia adalah pengalaman yang berharga dan saya bersyukur dengan Nya, walaupun jaraknya dekat, saya tetap dibayar oleh pihak Uber.

Cukuplah setakat ini penceritaan saya pada kali ini. Lain kali saya akan kupaskan sedikit demi sedikit bagaimana cara daftar Uber dan seterusnya menjadi pemandu yang terbaik dikalangan pemandu yang lain.

Untuk pengetahuan anda, saya hanya menggunakan kenderaan jenama Perodua Viva 850 sahaja untuk buat uber ini. Semoga menjadi inspirasi untuk anda. Kecil-kecil cili padi kata orang.


SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments