Pendidikan Anak - Pastikan Tidur Anak Anda Mencukupi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Sekarang ini manusia semakin kurang tidur. Kesibukan melampau menyebabkan manusia tidak ada masa yang cukup untuk tidur. Tidur adalah antara elemen yang penting dalam kehidupan kerana ia akan memberi kesegaran kepada minda dan fizikal kita.

Oleh itu, ajar anak anda untuk mendapat tidur yang cukup supaya mereka akan membesar dalam keadaan yang segar. Tidur yang cukup juga mengajar anak anda untuk lebih berdisiplin dalam kehidupan.

Anak Tidur Child Sleep

Masa tidur anda juga penting kerana tidur yang cukup akan menjadikan anda segar dan sudah tentu anda akan menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Masa tidur untuk anak-anak anda adalah berbeza mengikut umur mereka. Berikut adalah panduan masa tidur yang anda perlu ketahui:
  • 1 tahun – Memerlukan tidur 10 – 16 jam sehari.
  • 2 hingga 3 tahun – Memerlukan tidur  10 – 13 jam sehari.
  • 4 hingga 6 tahun – Memerlukan tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
  • 7 hingga 9 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 10 jam sehari.
  • 10 hingga 12 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 9 jam sehari.
  • Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari.

Masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari. Selebihnya anda perlu bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang. Ajar anak anda untuk tidur pada waktu yang betul. Waktu untuk tidur bergantung pada pukul berapa anda mahu mereka bangun.

Teman anak anda ketika mereka hendak tidur. Kadang-kadang mereka tidak mengantuk dan memerlukan ransangan untuk tidur. Bagi anak kecil, temani ketika dia hendak tidur. Bagi remaja, jika mereka rasa tidak mengantuk, mungkin anda boleh menyuruh mereka untuk membaca sesuatu sebelum tidur.

Sekian tips untuk hari ini..

Untuk lebih banyak tips, jangan lupa dapatkan ebook "Anak Pintar Cerdas"
di https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11138_43

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments