Perkara Yang Mungkin Menggagalkan Permohonan Anda Menjadi Pemandu Uber.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada hari ini saya tertarik untuk menulis entry berkenaan beberapa perkara yang mungkin penyebab anda gagal ketika permohonan untuk menjadi pemandu.

Ini kerana sejak saya menulis entry bagaimana mahu menjadi pemandu Uber, ramai yang menghubungi saya dan mengadu dengan saya, tentang kenapa mereka gagal dalam permohonan menjadi pemandu.

Penyebab-penyebab yang bakal saya tunjukkan sebentar lagi bukanlah 100% benar mengikut spesifikasi pihak Uber. Ianya adalah dari pengalaman mereka yang gagal permohonan, pengalaman pemandu lama, testimoni dari orang yang gagal dalam permohonan secara offline atau bukan melalui saya dan beberapa sumber yang boleh dipercayai.

Jika apa yang senaraikan tidak terjadi kepada anda, namun anda gagal juga permohonan. Maka, anda perlu menghubungi pihak Uber sendiri untuk mendapatkan kepastian.


Antara penyebabnya adalah :
  1. Lesen Memandu sudah hampir tamat tempoh ketika permohonan dibuat.
  2. Cukai jalan kenderaan anda hampir tamat tempoh.
  3. Anda mempunyai saman traffic yang tertunggak diatas nama anda sendiri.
  4. Kenderaan anda daftar mempunyai saman traffic tertunggak.
  5. Tahun buatan kenderaan anda sudah melebihi had.
  6. Pernah menjadi pemandu Uber dan pernah terminate, dan anda cuba mendaftar semula menggunakan nombor telefon dan kenderaan lain. Rujukan utama uber adalah no kad pengenalan.
  7. Mempunyai rekod jenayah. (mungkin, saya pun tidak pasti, sumber dari pemandu lama)
  8. Kemukakan dokumen yang tidak jelas kepada pihak uber.
  9. Tidak mempunyai lesen memandu penuh. Masih di tahap "P".
Setakat ini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada anda. Sebenarnya masih banyak lagi sebab di pihak uber yang tidak dapat saya pastikan untuk tidak menerima anda sebagai pemandu mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu.

Sekian. Tamat.

Mahukan lagi info bagaimana menjadi pemandu Uber ---> Info Jadi Pemandu

Atau

Anda boleh sahaja terus mendaftar menjadi pemadu uber ---> Daftar Uber

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments