Tip Jimat - Teknik Tanpa Duit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Tips Dua #2 

Hari Tanpa Duit

Tajuk tips saya kali ini mungkin agak diluar kawalan pemikiran anda. Kerana dalam dunia serba moden dan maju sekarang ini, mustahil kita boleh hidup tanpa duit.

Begini caranya, dalam anda sedar atau pun tidak, boleh dikatakan hampir setiap hari anda akan keluarkan duit. Betul tak?

Adakah anda perasan? Bagaimana duit boleh keluar tanpa kita sedar.

Cuba anda bayang dan renungkan, dari pagi mula keluar rumah, anda beli sarapan, beli suratkhabar, kemudian bayar tol, isi minyak, makan tengahari, bayar parking, balik nanti bayar tol lagi, kemudian singgah gerai tepi jalan beli goreng pisang atau kuih-muih, kemudian malam lepak kedai mamak lagi dan sebagainya.

Boleh dikatakan, hampir setiap hari dan minit kita akan keluarkan duit dari poket kita. Kadangkala ia bukanlah diatas kehendak kita sendiri.

Oleh itu, untuk tips kali ini, saya ingin mencabar anda.

Dalam tempoh seminggu anda pilih 1 hari sahaja. Dimana, pada hari tersebut anda perlu tahan diri dan berjanji takkan keluarkan waima duit 1 sen pun dari poket atau dompet anda.

Bagaimana boleh? Rasa macam mustahil kan? Jika rasa mustahil mungkin anda boleh mulakan dulu dengan hari Ahad iaitu hari cuti umum bagi kebanayakan golongan pekerja.



Pada hari tersebut, walau apa pun terjadi, cuba untuk tidak keluarkan sebarang duit dari dompet atau poket anda. Anda tanamkan dalam pemikiran anda bahawa hari berkenaan adalah haram untuk anda menggunakan duit kecuali kecemasan atau terpaksa.

Jika ada buat apa-apa aktiviti, cuba buat aktiviti yang tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang duit.

Pada mulanya memang terasa agak sukar. Saya sendiri masa mula-mula buat "hari tanpa duit" pun, memang terasa agak sukar. Tapi, bila saya dah berjaya lalui hari tersebut tanpa mengeluarkan sesen pun. Perasaan rasa seronok dan teruja itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata ataupun penulisan.

Mula-mula saya buat 1 hari dalam seminggu. Kemudian saya upgrade jadi 2 hari seminggu.
Kemudan, naik lagi 3 hari tanpa duit dalam tempoh seminggu.

Jika dulu, dalam dompet saya, biasanya saya peruntukkan RM200 untuk kegunaan seminggu. Tapi bila saya amalkan tips "hari tanpa duit" ini,  saya hanya masukkan RM50 sahaja duit dalam dompet untuk kegunaan seminggu.

Salah satu faktor kita sering tidak cukup duit sebenarnya adalah disebabkan tabiat kita yang suka berbelanja tanpa kita sedar.
  1. Beli goreng pisang RM5.
  2. Beli air di petronas RM3.
  3. Beli jajan anak RM2.
Kadang-kadang, tiada sebab pun kita perlu beli sesuatu barang tu, tapi sebab ada duit dalam dompet dan rasa haritu tidak ada beli apa-apa lagi, maka kita pun beli sahaja apa-apa, mula-mula ingat nak beli jajan untuk anak-anak RM4-5 ringgit, tapi kemudian terbeli sampai RM30.

Benda-benda kecil inilah sebenarnya yang men"ghaib"kan duit kita tanpa kita sedar. Ia hilang sikit sedikit. Tapi bila dikumpulkan dan dikira semula jumlahnya agak besar juga sebenarnya.

Oleh itu, bila kita amalkan hari tanpa duit, maka ianya akan serba sedikit dapat menyedarkan kita tentang perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dalam kehidupan seharian kita.

Apabila mahu keluarkan duit sahaja kita akan teringat. Bahawa hari ini hari tanpa duit, Maka, tak boleh beli.

Jom, cuba dan rasai sendiri keajaibannya.

Baiklah, itu sahaja tips untuk kali ini. Jangan lupa untuk amalkan.

Insyallah kita bertemu lagi di tips yang seterusnya.

Jika anda tidak sabar dan mahukan lagi tips boleh dapatkan di laman sesawang ini --> TipsJimat.com

Kredit : Penulis Ebook TipsJimat.com Encik Zahid Zainal.

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments