Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Tips Tiga #3
Tunggu Ada Promosi Baru Beli
Apabila anda membaca tajuk sahaja pasti pelbagai perkara yang bermain di fikiran anda sekarang ini. Betul tak? Perkara ini kita biasa dengar dari bibir ke bibir dan kekadang baca diruang media seperti blog, suratkhabar dan sebagainya.
Minda anda pasti mengelamun untuk berfikir, promosi apakah yang hendak ditunggu? Dan barang apa pula yang hendak dibeli.
Adakah Anda Perasan?
Adakah anda perasan, ada sesetengah barang yang kita gunakan di rumah sememangnya perlu atau mesti kita kena beli mengikut keperluan masing-masing setiap minggu ataupun setiap bulan, Antara contoh barangannya adalah :
Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah senaraikan dahulu apakah barang-barang yang anda perlu beli sama ada secara mingguan atau bulanan.
Barang-barang ini biasanya boleh disimpan dan tahan lama. Ianya BUKAN barang basah yang perlu dibeli secara harian atau 2 hingga 3 hari sekali.
Suka untuk saya ingatkan, barang-barang yang saya maksudkan pada kali ini adalah Barang Jenis Kering dan barang ini mesti boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Tarikh Tamat Tempoh atau Expire Date barang-barang ini selalunya sekitar 1 hingga 2 tahun.
Selepas anda sudah senaraikan semua barang tersebut. Selalunya hanya sekitar 20 barang sahaja yang anda memang betul-betul beli setiap minggu atau bulan.
Kini anda perlu "alert", perhatikan harga jualan barang-barang ini pada waktu biasa dan pada waktu promosi.
Sama ada anda perasan atau tidak. "Supermarket-supermarket" besar seperti Tesco dan Giant. Akan sentiasa membuat tawaran promosi pada setiap minggu. Mereka akan sentiasa "rotate" barang berbeza untuk diberikan diskaun pada setiap minggu.
Contohnya, minggu ini mereka akan berikan diskaun pada susu kotak, harga biasa susu tersebut adalah RM5.99, tetapi bila ada promosi, mereka akan jual pada harga RM4.99.
Bila ada promosi sebegini, biasanya saya akan beli barang tersebut 4 hingga 5 kotak terus untuk stok 1 hingga 2 bulan. Tetapi amalan yang mesti anda lakukan sebelum membeli banyak adalah melihat tarikh tamat tempoh dan kaji keperluan anda serta penggunaan item yang ingin anda beli ini.
Promosi seperti ini biasanya akan berlangsung dalam tempoh 1 hingga 2 minggu sahaja. Kemudian, ia akan kembali semula pada harga asal dan barang lain pula yang akan diberi potongan harga.
Melalui pemerhatian saya, biasanya selepas 1 hingga 2 bulan, giliran susu kotak tersebut diberi potongan harga akan kembali semula. Apabila giliran ia tiba semula, saya akan beli lagi beberapa kotak. Dengan cara ini, saya akan dapat membeli barang tersebut dengan harga diskaun sepanjang masa.
Perkara yang sama juga saya lakukan untuk barang-barang lain. Seperti minyak masak, santan kotak, sosej, nugget, minuman 3-in-1, sos spaghetti, tin sardin, mee segera, sabun pencuci baju, sabun pencuci pinggan dan banyak lagi.
Tempoh masa barang-barang tersebut akan kembali diberikan diskaun, biasanya adalah sekitar 1-2 bulan.
Kesimpulannya, setiap kali saya membeli belah di Tesco ataupun Giant, saya hanya akan membeli barang-barang yang diberikan promosi pada harga diskaun sahaja. Dan kebiasaaannya saya akan beli lebih beberapa unit untuk dijadikan stok. (biasanya untuk stok 2 bulan)
Barang-barang yang tidak ada diskaun harga, saya akan tangguhkan dan beli di waktu lain, iaitu sewaktu tiba giliran mereka diberikan diskaun.
Kecualilah, jika barang tersebut memang sudah habis stok di rumah dan saya perlu gunakan ia juga, maka saya akan beli juga 1 unit, sekadar untuk kegunaan pada minggu atau bulan tersebut.
Untuk gunakan kaedah ini, anda perlu "aware" juga pada harga yang ditawarlan. Kadang-kadang, harga diskaun yang diberikan, tidak begitu murah.
Contohnya, susu kotak tadi, harga biasa ialah RM5.99, kadang-kadang, sewaktu promosi, ia hanya turun menjadi RM5.39 sahaja. Sedangkan, sebelum ini ia pernah turun menjadi RM4.99. Jika ia sekadar turun sedikit, anda boleh tunggu lagi (jika masih ada stok di rumah) atau beli juga (jika stok di rumah sudah habis).
Anda mungkin tidak perasan tentang harga ini pada mulanya. Tetapi bila anda sentiasa beli barang tersebut dan amalkan tip ini, Insyallah anda akan perasan dan dapat ingat berapakah harga diskaun yang paling rendah yang pernah diberi pada sesuatu barang itu.
Bila anda dapati barang itu diberikan pada harga diskaun yang terendah, maka masa itulah anda beli banyak-banyak.
Dengan mengamalkan teknik ini sahaja, saya dapat jimat hampir 50% dalam perbelanjaan bulanan saya bagi perbelanjaan barang-barang dapur dan keperluan rumah.
Dulu, untuk tempoh sebulan, biasanya saya akan ke Supermarket sebanyak 2 kali dan belanja sekitar RM300 setiap kali datang. Sebabnya, saya akan tunggu semua barang-barang di rumah habis dan akan belanja sekaligus untuk stok 2 minggu.
Tapi bila amalkan tips ini, biasanya saya akan ke Supermarket 3 kali dalam tempoh sebulan, dan setiap kali pergi, saya hanya akan berbelanja sekitar RM100- RM150. Ini lebih jimat kerana pada waktu ini, saya tidak tunggu barang habis baru beli. Tetapi saya tunggu barang dalam promosi baru beli.
Perkara Penting Dalam Tips Ini
Dulu - Tungu barang habis di rumah, baru beli (jadi terpaksa beli walaupun pada harga mahal)
Sekarang - Tunggu promosi, baru beli (jadi dapat beli pada harga murah).
Baiklah, itu sahaja tips untuk kali ini. Jangan lupa untuk amalkan.
Insyallah kita bertemu lagi di tips yang seterusnya.
Jika anda tidak sabar dan mahukan lagi tips boleh dapatkan di laman sesawang ini --> TipsJimat.com
Kredit : Penulis Ebook TipsJimat.com Encik Zahid Zainal
SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk
Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

- Susu Anak
- Pampers
- Beras
- Milo
- Susu
- Garam
- Gula
- Sabun Cuci Baju
- Sabun Basuh Pinggan
- Tisu
- Minyak Masak
- Nugget atau Kentang Goreng atau Makanan Sejuk Beku

Comments