Kesan Buruk Melakukan Onani

Assalammualaikum

Aku jumpa artikel ini dah lama, tapi baru sekarang aku nak kongsikan ngan korang... Hal ini, khas untuk kaum lelaki, terutamanya remaja yang baru akil baligh...

Perkara yang nikmat dan enak itu tak semestinya bagus untuk kita.. marilah kita sama-sama renungkan..

Kesan Buruk Melakukan Onani (Dalam Bahasa Pasar - Melancap)

LELAKI yang berkahwin atau masih bujang pasti terbabit dalam masalah onani. Malah, masalah ini seakan-akan menjadi perkara biasa kepada golongan lelaki. Selepas terbiasa dengan kelakuan seperti ini, seseorang lelaki itu akan mendapati ia sukar dikawal atau sukar diberhentikan.

Namun, ramai juga tidak tahu tabiat ini boleh membahayakan alat sulit dan mendatangkan penyakit. Jika anda tinjau pelbagai laman web mengenai gejala atau tabiat onani atau ‘masturbation’, anda akan diberitahu perkara itu ‘normal’ dan ia proses pengenalan diri terhadap nafsu syahwat dan pada masa sama dapat melegakan tekanan seksual.

Laman sama juga akan menjelaskan, onani boleh menyebabkan ketagihan tanpa disedari jika dilakukan tanpa kawalan. Jadi secara tidak langsung, sesiapa yang melihat laman web berkenaan mendapati onani adalah perkara biasa dan tidak berbahaya. Malah, maklumat mengenai perkara negatif pula tidak dihuraikan secara jelas dan terselindung.

Bagaimanapun, jika kita mendengar cerita daripada lelaki yang melakukan onani, perkara lain pula timbul. Anda akan diberitahu pelbagai perkara negatif mengenai tabiat berkenaan seperti:

  • Mata menjadi kabur, berair dan sering sakit (dry eyes) sehingga memeningkan kepala
  • IBS atau ‘Irritable Bowel Syndrom’ atau rengsa usus
  • Sukar menelan. Terasa sakit ketika menelan
  • Telinga berdesing dan sakit
  • Muka, tangan dan badan terasa pijar atau panas
  • Kadangkala badan terasa menggeletar (vibrate)
  • Masalah pada saluran kencing

Begitupun, jika tabiat onani digunakan untuk cara betul seperti ingin melegakan atau melepaskan nafsu syahwat, kehidupan anda akan menjadi senang dan tenang.

Jika tidak, golongan lelaki pasti mengalami tekanan akibat menyalah gunakan amalan onani.

Cuba anda bayangkan sistem ‘reproduksi’ anda dan pusat kawalan sistem itu yang akan mengalami tekanan tidak terhingga akibat amalan onani.

Dalam keadaan teruja, ketika anda tidak mengawal perasaan, perasaan syahwat dan anggota kelamin turut menjadi teruja, darah masuk dengan banyak dalam semua organ terbabit iaitu zakar, buah zakar, pundi prostat dan banyak lagi.

Sudah tentu pusat kawalan seks dalam minda anda juga menjadi teruja dan pada masa sama ia menjadi tertekan. Dalam keadaan teruja, fungsi jantung, pernafasan dan otot keseluruhan badan berfungsi ke peringkat luar biasa dan banyak tenaga digunakan.

Selepas selesai, sistem berkenaan dan badan anda secara menyeluruh menjadi lemah.
Di samping itu produk rangsangan seksual seperti Beta-endorfin, Oxitocin dan pelbagai lagi kimia ‘neuro’ yang tercurah dalam sistem kardio-circular anda turut memberi perasaan seronok dan khayalan.

Bahan ini mudah ditagih dan mendorong anda untuk melakukan lagi amalan onani. Jadi, anda boleh bayangkan kesudahannya jika perkara itu diulangi secara kerap. Tentu anggota tubuh badan yang terbabit dalam proses itu akan tertekan.

Cara menyelesaikan masalah ini atau sekurang-kurangnya memberi peluang kepada sistem tubuh badan yang tertekan akibat onani keterlaluan menjadi lega dan berfungsi dengan sempurna ialah apabila amalan itu dihentikan atau dikurangkan secara beransur-ansur.

Jika rasa tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya, anda boleh mendapatkan bimbingan kaunselor. Usah biarkan tabiat onani menakluki anda. Lawan dan segera mengawalnya dengan aktiviti riadah bermanfaat.

BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

takda nama said…
Susah nk berhenti.. :(
BlogLeader said…
Anda kena mencari sesuatu perkara yang boleh alihkan pemikiran anda ke tempat lain apabila teringatkan perkara yang negatif...

Sebagai contoh main game atau keluar malakukan aktiviti bersama rakan-rakan atau keluarga..

Just my 50 sen...
Anonymous said…
Macam mana kalau onani sebelum akil baligh ? Boleh tak terangkan

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber