Bagaimana Mendaftar dan Menghasilkan Wang Dengan Maybank E Wallet (MAE)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada bulan November yang lalu, saya telah menulis sebuah artikel yang bertajuk 3 Aplikasi Telefon Pintar Yang Dapat Menghasilkan Wang untuk anda. Dan sehingga kini saya masih lagi menggunakan ketiga-tiga aplikasi berkenaan untuk menambah sedikit wang saku.

Dan pada kali ini, saya mahu menulis tentang satu lagi aplikasi yang dapat Menghasilkan Wang. Tapi caranya agak berbeza kerana anda perlu sertai permainan yang disediakan dalam aplikasi ini.

Aplikasi kali ini adalah Unik kerana ia merupakan sebuah aplikasi Online Banking milik sebuah bank terkenal. Dan dulu aplikasi ini hanya digunakan untuk urusan perbankan pemilik akaun sedia ada.

Tetapi kini, pihak bank sudah memberi suntikan inovasi kepada aplikasi ini untuk menjadikan ia lebih berdaya saing dan mesra pengguna sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Seperkara yang hebat, aplikasi ini dapat memberikan wang kepada pengguna yang memainkan permainan yang disediakan.

E-Wallet Hasilkan Wang

Percaya atau tidak, E-Wallet yang bakal saya cerita sebentar lagi ini merupakan sebuah platform E-Wallet yang dapat memberikan anda wang.

Dan perkara yang membuatkan ramai orang teruja adalah, E-Wallet ini dibangunkan oleh sebuah bank terkenal di Negara ini, iaitu Maybank Malaysia

Pengenalan
  1. Maksud MAE adalah Maybank E-Wallet.
  2. Percuma, tidak perlu bayar apa-apa. Anda tidak perlu bayar apa-apa untuk buka akaun.
  3. Berfungsi menggunakan platform Aplikasi Maybank di telefon pintar. Muat turun di playstore (Android) atau AppStore (iOs).
  4. Syarat mesti berumur 12 tahun keatas untuk sertai.
  5. Terbuka untuk semua warga walaupun bukan Warganegara Malaysia.
  6. Boleh disertai walaupun anda tidak mempunyai akuan dengan Maybank.
  7. Bagi pemilik Akaun Maybank, pastikan akaun anda aktif dan mempunyai amaun minima Rm10.00 didalamnya.
Kelebihan MAE
  • Menang Wang Tunai (RM) melalui permainan Money MAE-HEM
  • Tempah tiket kapal terbang
  • Tempah tiket wayang
  • Mempunyai fungsi “QR Pay”
  • Anda akan miliki satu no akaun MAE baru. ( Boleh terima dan hantar wang)
  • Bagi yang tiada akaun dengan Maybank, anda akan menerima No Akuan MAE dan satu virtual debit kad yang lengkap dengan tarikh luput dan no CVV.
  • Bagi pemilik akaun maybank, anda juga akan mendapat no akaun MAE. Dan akaun berhubung terus dengan kad Debit Atm anda yg sedia ada. Bermakna, anda boleh keluarkan wang hasil kemenangan dengan kad Debit Atm anda bila-bila masa sahaja. (2 akaun dalam satu kad Debit Atm anda)
  • Pelbagai lagi kelebihan yang disediakan, anda boleh explore sendiri dalam aplikasi Maybank nanti.
Mendaftar Dan Hasilkan Wang

Daftar 1 : Cara Pendaftaran MAE Untuk Pemilik Akaun Maybank

  1. Anda perlu muat turun aplikasi Maybank di telefon pintar anda. Jika sudah ada, anda perlu “update” dahulu aplikasi anda. 
  2. Untuk Android – https://goo.gl/jmrFqR
  3. Untuk iOS – https://itunes.apple.com/app/id1192180092
  4. Buka aplikasi, kemudian log masuk akaun anda. Dan cari perkataan “Say Hello to Mae” atau anda boleh boleh cari perkataan “Apply Online” di bahagian sebelah kiri aplikasi.
  5. Daftar MAE, kemudian letak email dan negeri anda. Dan paling penting masukkan invitation code msb061019 
  6. Ingat, anda perlu masukkan invitation code msb061019 ini untuk anda mendapatkan peluang yang pertama untuk memenangi wang tunai. Dan anda juga memerlukan rakan-rakan untuk masukkan code anda nanti untuk mendapat lagi banyak peluang menang wang tunai.
  7. Baik, sampai dibahagian topup itu anda boleh skip sahaja, anda logout aplikasi, dan kemudian login semula.
  8. Ok, anda sudah boleh mula main permainan, tekan Logo Money MAE-HEM disebelah kanan bawah aplikasi. 
  9. Tekan “Start Now” dan klik semua coin-coin yang lalu di skrin anda. Hati-hati jangan sampai tertekan bom. Tertekan bom, permainan anda akan tamat.
  10. Tekan Diamond untuk dapat Extra 5 saat. ( p/s : Saya jarang tekan Diamond, kalau nak tahu Rahsianya, boleh baca dalam ebook Percuma saya)
Daftar 2 : Cara Pendaftaran MAE Untuk Bukan Pemilik Akaun Maybank
  1. Anda perlu muat turun aplikasi Maybank di telefon pintar anda. Jika sudah ada, anda perlu “update” dahulu aplikasi anda. 
  2. Untuk Android – https://goo.gl/jmrFqR
  3. Untuk iOS – https://itunes.apple.com/app/id1192180092
  4. Buka aplikasi, kemudian lakukan pendaftaran dengan menekan “New to Maybank, get your MAE account”.
  5. Kemudian tekan “Experience MAE Now”. Dan anda tekan je next dan next sehingga jumpa bahagian yang disuruh isi nama penuh dan no telefon bimbit (tujuan sms verifikasi).
  6. Anda perlu pilih samaada gunakan kad pengenalan atau passport anda.
  7. Masukkan email dan dan negeri anda. Dan paling penting masukkan invitation code msb061019
  8. Ingat, anda perlu masukkan invitation code msb061019 ini untuk anda mendapatkan peluang yang pertama untuk memenangi wang tunai. Dan anda juga memerlukan rakan-rakan untuk masukkan code anda nanti untuk mendapat lagi banyak peluang menang wang tunai.
  9. Anda perlu upload gambar kad pengenalan atau passport anda.
  10. Dan kemudian, tekan Confirm untuk membolehkan anda menerima sms verifikasi dari Maybank.
  11. Anda perlu mencipta username dan password untuk anda login kedalam aplikasi ini.
  12. Baik, sampai dibahagian topup itu anda boleh skip sahaja, anda logout aplikasi, dan kemudian login semula.
  13. Ok, anda sudah boleh mula main permainan, tekan Logo Money MAE-HEM disebelah kanan bawah aplikasi.  
  14. Tekan “Start Now” dan klik semua coin-coin yang lalu di skrin anda. Hati-hati jangan sampai tertekan bom. Tertekan bom, permainan anda akan tamat.
  15. Tekan Diamond untuk dapat Extra 5 saat. ( p/s : Saya jarang tekan Diamond, kalau nak tahu Rahsianya, boleh baca dalam ebook Percuma saya)

Duit hasil kutipan anda akan di masukkan dalam akaun MAE anda. Duit boleh dikeluarkan melalui Atm Kad atau transfer ke akaun anda yang lain.  Jangan lupa masukkan code msb061019 semasa proses pendaftaran. Kalau tidak anda tidak dapat peluang atau “Chance” untuk bermain game ini.

Kenapa Perlu Masuk Invitation Code?
  1. Untuk membolehkan anda mendapat 1 Chance memulakan permainan Money Mae-Hem.
  2. Dan bila anda sudah selesai mendaftar, anda perlu kongsi dan sebarkan invitation Code anda kepada kenalan. Dan setiap pendaftaran yang Berjaya, anda akan mendapat 1 Chance untuk bermain Money Mae-Hem
  3. Kesimpulannya, satu pendaftaran Berjaya melalui Code anda, anda akan dapat satu “Peluang” untuk bermain Money Mae-Hem. Ada yang menggelarnya “Nyawa” , “credit” dan sebagainya. Tetapi istilah MAE adalah “Chance”.
Download Ebook Panduan PERCUMA 

Terdapat 3 perkara lagi saya tidak dapat tulis dalam artikel ini kerana untuk memberi kelebihan dan keunikan RAHSIA yang terdapat dalam Ebook Percuma saya.

3 perkara itu adalah :
  • Bonus - Kebanayakan Pemain MAE tidak perasan bonus ini, ia bonus dari Maybank.
  • Tawaran Saya - Khas untuk anda
  • Tips dan Trik - Ini juga kebanyakan Pemain MAE tidak perasan.. hehehe..
Sila Klik link dibawah untuk mula muat turun.

PERCUMA Panduan Pendaftaran MAE

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments

Unknown said…
Kenapa akaun mae saya tidak boleh transfer ke akaun lain. This account is authorized. Saya tak faham
SyazwanJaudin said…
Tuan kena berhubung dengan pihak Maybank.. Sebab itu dibawah kuasa mereka.. Kami hanya mengajar cara mendaftar sahaja di entry ini.
Anonymous said…
Kenapa saya cuba untuk mendaftar tapi dia kata dia unable to process your application?.. Ke sebab saya daftar hari ahad? Takkan tak boleh kalau ahad..
Unknown said…
Kenapa dh daftr xde simbol money mae tu tp cume simbul tgn brsalam 😥