Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Baiklah sudah tiba masanya untuk saya bercerita sikit tentang bagaimana cara mendaftar dan menjadi pemandu Uber. Saya hanya kongsikan sahaja, mana tahu anda berminat untuk menyertai kami.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan tempat di Malaysia sudah boleh menggunakan perkhidmatan Uber ini. Hal ini terjadi kerana permintaan sudah semakin tinggi untuk perkhidmatan Uber. Oleh itu, pihak Uber mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pemandu kepada Uber.

Sebelum anda bermula untuk mendaftar menjadi pemandu Uber ada beberapa syarat yang perlu anda turuti. Jika salah satu tidak mencukupi anda tidak akan melepasi tapisan menjadi pemandu yang sah. Buat masa ini syarat-syarat untuk menjadi seorang pemandu uber adalah seperti berikut:
  1. Kereta keluaran tahun 2008 dan keatas
  2. Kenderaan yang anda gunakan mempunyai 4 pintu
  3. Anda berumur 21 tahun keatas
  4. Mempunyai lesen penuh ( P tidak dibenarkan )
  5. Nama ada dalam Insuran cover note kenderaan yang anda gunakan. Sama ada pemandu atau second driver.
Dokumen Diperlukan Sebelum Mendaftar
  1. Gambar Kad Pengenalan 
  2. Gambar Lesen Memandu
  3. Cover Note Insurans Kenderaan Yang Anda Guna

Jom Daftar Menjadi Pemandu Secara Online

Jika anda berminat untuk menjadi pemandu uber dan menjana pendapatan sampingan, anda boleh  mengikuti langkah-langkah yang saya tunjukkan dibawah. 

Terdapat 2 (dua) cara untuk anda melakukan proses pendaftaran menjadi pemandu Uber. 
  1. Mendaftar menggunakan aplikasi di telefon pintar anda samaada IOS atau Android. Jika anda ingin menggunakan cara ini boleh klik link ini --> Cara Daftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi
  2. Mendaftar menggunakan laman sesawang atau website. Jika anda ingin menggunakan cara ini, anda boleh terus mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dibawah :

Step 1
Isikan borang ini dan sms jemputan untuk sertai Uber akan dihantar ke telefon anda.







Step2
Anda akan menerima sms seperti gambar dibawah. Klik link yang telah diberikan dalam sms.

Dan anda akan dibawa terus ke page pendaftaran seperti ini : 


Klik pada gambar untuk besarkan



Sila isi maklumat anda dan cipta password baru untuk anda login nanti. Kemudian tekan submit.

Jika belum atau tidak menerima sebarang sms, bolehlah kiranya anda klik link ini http://ubr.to/2l2Wt7z untuk meneruskan pendaftaran.


Step 3
Setelah anda mengisi borang pendaftaran dan tekan submit. Anda akan dibawa ke page seperti gambar dibawah. Gambar ini adalah akaun ketika saya mula-mula mendaftar jadi pemandu Uber.


Klik pada gambar untuk besarkan

Step 4
Anda boleh klik dibahagian profile, dan disitu anda boleh upload gambar anda ( nampak muka dan badan sorang ), upload dokumen-dokumen berkaitan seperti gambar ic, lesen dan cover note insurans kereta anda.




Step 5
Setelah selesai, anda boleh masukkan pula maklumat pembayaran untuk pihak Uber memasukkan wang tambang yang di charge menggunakan Kad Kredit. Iaitu maklumat bank anda dengan menekan tulisan "Banking" seperti dibawah. Atau anda juga boleh masukkan maklumat bank dengan klik link ini --> http://vault.uber.com/




Step 6

Muat turun aplikasi Uber Driver kedalam telefon pintar anda.

Untuk telefon pintar jenama iPhone, telefon anda mestilah mempunyai sistem operasi atau iOS versi 8 ataupun paling terkini untuk menampung kelancaran ketika sistem aplikasi Uber ini beroperasi.

Manakala untuk Android, telefon pintar anda mestilah keluaran 2013 keatas dan mempunyai sistem operasi versi 4.0 dan keatas.

Anda juga boleh mendapatkan aplikasi ini melalui playstore anda atau laman sesawang Uber iaitu http://t.uber.com/drive-now

Setelah selesai install dalam telefon anda, jalan lupa untuk menekan "Allow" ketika aplikasi ini meminta kebenaran untuk mengesan lokasi anda menggunakan gps. Ayat seperti berikut (Allow “Uber Driver” to access your location while using the app? ).

Step 7
Setelah siap semua langkah yang ditunjukkan, anda boleh pm saya didalam group whatsapp yang telah disediakan dibawah.

atau 

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui Whatsapp di talian dibawah dengan klik link dibawah

http://uberdaftar.wasap.my

atau

011-20868385



Kelebihan Mendaftar Secara Online Bersama Saya Berbanding Daftar Sendiri

  1. Anda tidak perlu pergi ke UBER PSC di PJ dan beratur panjang untuk pendaftaran. Pendaftaran uber boleh dilakukan di rumah sahaja. Jika anda duduk jauh memang amat digalakkan untuk mendaftar secara online bersama saya. Dan sila rujuk adakah kawasan anda termasuk dalam kawasan jajahan Uber. Sila lihat senarai dibawah. 
    Senarai Kawasan Mempunyai Perkhidmatan Uber setakat Februari 2017
  2. Pengaktifan dapat dilakukan dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tempoh masa ini juga bergantung kepada komitmen anda ketika proses pendaftaran nanti.
  3. Perkhidmatan saya ini adalah 100% PERCUMA. Ini kerana, saya merupakan wakil pihak Uber yang sah untuk melakukan pendaftaran secara online.
  4. Video latihan dan Panduan Memandu Uber (Uber Manual dwi-bahasa Malay / English) akan diperuntukkan kepada anda.
  5. Saya akan cuba guide anda sehingga anda betul-betul boleh memandu berdasarkan pengalaman saya memandu Uber.
  6. Anda akan dimasukkan dalam group Whatsapp Pemandu Uber, bergantung pada kawasan anda memandu. Dan anda boleh pilih sendiri beberapa group yang boleh disertai.  

Boleh Rujuk Disini Untuk Melihat Kawasan Yang Sudah Mempunyai Uber

Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Sebelum anda bermula untuk menjadi pemandu. Ada beberapa perkara yang perlu anda ubah didalam kotak fikiran anda. Kita biasa dimomokkan dengan cerita bahawa buat Uber ini akan mendapat pendapatan lumayan dengan senang-senang sahaja.

Tetapi fakta sebenarnya, memandu Uber memerlukan semangat tinggi dan kejituan fokus semasa anda bekerja. Pendek kata mental dan fizikal kena sama-sama kuat.

Pada dasar kajian dan beberapa testimonial pemandu :

- Jika anda memandu Uber secara sambilan / part time dan lakukan sepanjang minggu potensi pendapatan anda boleh mencapai sebanyak +-RM500. Dan jika dilakukan pada Sabtu dan Ahad sahaja, potensi pendapatan boleh mencapai Rm100 - Rm200.

- Manakala jika anda memandu Uber sepenuh masa / full time, potensi pendapatan anda boleh mencapai sehingga Rm1000 dan keatas seminggu.

Screenshot dibawah adalah beberapa perkara yang akan anda lalui semasa anda bergelar pemandu kelak.








Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui Whatsapp di talian dibawah dengan klik link dibawah

http://uberdaftar.wasap.my

atau

011-20868385
 
SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber