Selamat Datang Kepada Semua Pelawat

Blog ini membincangkan tentang perkara-perkara yang berbangkit didalam kepala penulis mengenai pelbagai perkara semaada internet atau kehidupan harian beliau.

Semoga dengan kehadiran blog ini dapat membantu anda semua menjalani kehidupan harian.

Enjoy!

BlogLeader

Jun 29, 2009

Anda perlukan sesuatu untuk menolak anda.

Pernah tak anda terfikir apa?

Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, kebanyakan orang makin menjadi takut untuk mencuba apa-apa perniagaan pun. Ada yang fikir makan gaji adalah yang terbaik. Dan ada pula yang fikir membuat freelance lebih bagus dan sebagainya.

Sekarang ini, saya sudah membuka sebuah pusat Latihan Usahawan. Dimana saya mengambil orang berkerja dengan saya sambil mengajar mereka cara meniaga. Sebab orang sekarang nak meniaga takut, makan gaji mahu, tetapi berkehendakan gaji besar. So saya buka pusat Latihan ini untuk orang-orang seperti ini. Dengan ini mereka akan makan gaji sambil berniaga bersama-sama saya.

Dimana saya menerapkan dalam diri mereka ilmu perniagaan sebenar, dari semua sudut termasuklah SLM, MLM, dan sebagainya. Saya juga menunjukkan cara sebenar berkomunikasi dengan pelanggan secara praktikalnya dengan berjumpa pelanggan sebenar.

Kebanyakan kursus-kursus yang kita sertai hanya mengajar dari segi teori. Praktikal tiada. Maka, disini kebanyakan pekerja yang saya latih akan menjadi perniaga sebenar secara Automatik. Saya dan syarikat saya hanya menjadi sesuatu untuk menolak sesiapa yang ingin berjaya.

Sesiapa yang ingin menyertai saya boleh hubungi saya. Setakat ini saya baru membuka cawangan di Dungun dan akan membuka di Kuala Lumpur dan Nilai. Tiada apa-apa cas dan modal dikenakan. Modal untuk meniaga saya sediakan. Call 017-7791085

Mar 7, 2009

Terkonang Kampung Halaman

Assalammualaikum,

Lamo den tak menulis. Maklum la eh sibuk memanjang. Lagipun bulan duo ngan bulan tigo ni den sibuk ngan kursus sano sini. Kojap ado kursus la, kojap ado meeting la, lopeh tu kono poie exam la. Exam kalau sonang xpo, ni bukan main susah lagi ha. Dari ompek puluh soalan, 30 jo den dapek jawab dan satu jo den yakin boto. Hehehe. Apo nak buek nasib badan.

Para pembaco mosti polik tgk den guno bahaso n9 kali ni bilo menulis. Xtau ado bunyi ko tak. Sobab nyo eh, ckp lagi sonang dari menulis. Menulis bukan buleh dapek bunyi serupo dongan cakap boto2. Tujuan den menulis dalam bahaso ibunda den ni adalah kerano, ujung2 minggu kek tompek org ni kekadang terkonang kek kg halaman. Walaupun den tinggal kek Bandar Nilai, den totap panggil kg jugak sobab den nak menunjukkan den kojo merantau. Hehehe.. Yola kek Pilah tu mano ado laie sedaro den. Itu ari pun Mak Long den ado tinggal kek situ. Skrg ni anak dio da bawak poie KL tinggal ngn dio. Nak balik kg macam mano kalau xdo sedaro da kek sano. Sapo org Johol itu waris den la tu.

La da pukul ompek ruponyo, time untuk den tido. Xsodar den da berjago lamo. Nasib sok cuti. Buleh tido potang. Hehehe.

Kepado kengkawan yang da kojo, berhati-hati la ketiko nak amik personal Loan. Sobab nyo eh, skrg ni kebanyakan pihak bank tongah promosi kadar keuntungan rondah. Ini disobabkan kerano keadaan ekonomi xbrapo stabil skrg ni. Dan dijangko kan pado pertongahan tahun, kito akan teraso kegawatan. Dan pado maso itu jugak la, dijangko kan BLR akan naik, dan maso ni la bank nak amik kesompatan kek orang amatur yang buek loan. Kalau da expert, den tak risau. Sobab diorag tau bagai mano nak buek. Orang yang amatur, eloklah belajar dari pado yang pakar.

Selamat Maju Jayo!

Enjoy!

Blog Leader Talk

Jan 14, 2009

Tahun Baru Yang Sibuk

Memacam perkara berlaku masa awal2 taun nie. Masa ni la da mula sibuk ngan anak skolah dan sebagainya. Bebudak U pun da mula start class balik.

Kat tempat keje aku plak, time student nak register lah. Pegawai aset datang sini nak buat audit. Kelam kabut la jadinya. Time student cuti ari tu xnak mai. Hampeh tol. Sudah nyer, nak carik Penyelia Makmal payah la. Da suma cbuk ngan Minggu Suai Kenal (MSK).

Last2 aku lah kelam kabut nak tolong audit crik barang itulah inilah. Kalau tolong carik xper lagi. Nie aku plak yang kene jawab kenapa, mengapa dan bagaimane brg tu xder or ilang.

Sok last diorg buat audit. Nak masuk lab yang sakit plak tu. Barang banyak ilang. Nama pun lab projek, student banyak pakai barang. Senang la ilang. Student plak jenis xmakan saman, aku cakap jangan buat dia buat jugak. Communication breakdown. Nak buat guane.

Ish, bank plak lembab awal2 taun nie. Da seminggu da aku nyer loan xapprove2 lagi. Penin paler aku. Walhal nama aku clear tuh. Kredit kad xder utang. Just PL jerla.

Aper2 hal tunggu esok ah. Loan approve, abih keje 3.30 aku terus blah balik Negeri. hahahaha. Selamat tinggal Dungun. huhuhu.

Oct 19, 2008

Apa Pendapat Anda Tentang Kewangan?


Assalammualaikum,
Saudara/saudari,
Saya memerlukan maklum balas daripada anda semua tentang kewangan. Saya ingin mengumpul rahsia-rahsia menguruskan kewangan dengan cermat dan teratur. Ini adalah kerana saya boleh mencapai impian saya sebagai "Bebas Masalah Kewangan".

Sila balas melalui email saya mskuasaduit@gmail.com atau lawat ke blog saya http://blogleadertalk.blogspot.com/

Enjoy!

--
Silalah lawati website-website saya ini.

http://blogleadertalk.blogspot.com
http://www.SegarNetwork.com/hebat01
http://www.youtube.com/watch?v=obesZRL-_LQ
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=BlogLeader
http://tinyurl.com/5w9r3l
http://rm5je.com/?ref=291
http://tinyurl.com/63nngq
http://www.perigiduit.com/?ref=Blew01
http://kuasaduit.webs.com/
http://www.thevideosense.com/user/kuasaduit/

National Geographic POD