Apakah persediaan anda untuk Ramadhan akan datang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Jumaat, hari paling saya malas nak kerja hehe. Maklumlah esok kan cuti. Lebih kurang seminggu lagikan Ramadhan nak tiba. Peh pejam celik jer dah setahun.

Bulan Ramadhan ini ada bermacam kenangan terindah dan terburuk kita semua pernah lalui. Betul tak? Ada yang putus jarilah, dapat bonuslah, dan sebagainya. Ada rakan saya tuh, Ibu beliau pergi dalam bulan Ramadhan, Takziah untuk beliau.

Dalam bulan mulia ini juga, bagi yang berniaga mulalah meningkatkan jualan masing-masing, yang buat bisnes MLM dan sewaktunya mulalah kuatkan cari orang bawah. Apapun yang u'all buat jangan sampai merosakkan kemuliaan bulan Ramadhan nanti. Saya tahu dalam bisnes ini kena ada taktik-taktik tipu walaupun sikit. Saya pun ada pengalaman dalam join bisnes sedemikian.

Tapi saya tidak pernah serik, walaupun dah berpuluh ribu abis dalam MLM dan internet bisnes saya tetap berusaha untuk capai impian. Biar orang cakap kita ni bangang dan bodoh sebab masih terus buat bisnes semacam ini. Saya tidak peduli, yang penting kita kena berusaha, kita kena percaya dengan janji Allah dan rezeki yang diberikan Nya.

Berbalik kepada isu kita tadi. Ramadhan, apa persediaan anda? Bagi kaum wanita, dah ganti lum puasa yang lepas? Bagi kaum lelaki yang alami masalah kesihatan tahun lepas pun sama, dah ganti ker belum? Apapun beringatlah yer.

Bila sebut Ramadhan, kalau dulu orang mesti ingat pasal Meriam Buluh tapi sekarang dengan mercun buatan sendiri. Tu yang banyak kanak-kanak amik duit Raya pakai mulut, sebab tangan dah tiada. Hehehehe. Saya ingat lagi dulu kalau balik kampung, lepas jer salam atok dengan nenek, perkara pertama buat pergi carik buluh. Cakap kat tok ngn nenek pergi cari buluh lemang tapi cari untuk meriam sebenarnya hehe. Tapi selalunya kantoi, abih telinga kene piat. hahaha. Padan muka saya dan sepupu-sepupu saya. hehe.

Errrm.. Terkenang saya bulan Ramadhan. Dulu ingat nak main meriam tapi sekarang ingat nak beribadat. Insyaallah, semoga ibadat kita semua tahun ini di terima Allah Yang Maha Esa seadanya. Al-Fatihah untuk tok, wan(nenek-panggilan Negeri9), embah widuk dan embah Lanang saya. Semuanya telah pergi selamanya. Al-Fatihah.

Renungkanlah.

Silalah lawati website-website saya ini.

http://blogleadertalk.blogspot.com
http://www.SegarNetwork.com/hebat01
http://www.youtube.com/watch?v=obesZRL-_LQ
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=BlogLeader
http://rm5je.com/?ref=291
http://www.perigiduit.com/?ref=Blew01
http://kuasaduit.webs.com/
http://www.thevideosense.com/user/kuasaduit/

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Terdapat Perkhidmatan Uber Di Malaysia.