Hari-hari Mendatang

Assalammualaikum,

Sudah lama saya tidak menulis. Lebih kurang dua minggu rasanya. Maklumlah cuti lama. Politeknik pun cuti selama dua minggu. Apa khabar semua? Diharap sihat-sihat selalu.

Dikesempatan ini saya ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya selama saya menulis ini ada tersalah kata atau saya terkutuk. Sebab kadang kala isu yang saya tulis mengaitkan pelbagai pihak.

Sahabat,
Di hari-hari yang mendatang ini, kekadang saya terpikir, Apakah tujuan saya hidup? Apakah matlamat hidup saya? Apakah yang saya lakukan hari ini adalah apa yang saya inginkan 10 atau 25 tahun dahulu? Dimanakah saya berada? Apa target saya 5 tahun akan datang? Dan bermacam lagi.

Bila kita pikir dan renungkan kembali. Apa yang kita inginkan dan citakan kebanyakannya tidak tercapai, dan mungkin tercapai juga, tetapi mengambil masa. Jadi yang perlu ada dalam diri kita hanyalah bersabar.

Di kalangan kita hanya menghadapi satu masalah dalam meneruskan hidup, iaitu kewangan, tidak kiralah yang kaya mahupun sederhana atau miskin. Bak kata orang, yang kaya itu memang tetap akan kaya, tetapi untuk pengetahuan anda, orang kaya sebenarnya hidup dalam keadaan yang tidak tenteram, kerana mereka sentiasa gusar dengan wang mereka yang banyak. Sebagai contoh, merekalah yang menjadi mangsa perompak (ini wajib), kalau ada program amal atau program di tempat tinggal mereka, merekalah juga dicari, mahu ke tidak mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menjaga status mereka. Ini seterusnya akan menjadi sumbangan mereka mungkin tidak ikhlas. Kerana menderma secara paksa. Bagi golongan yang sederhana, mereka menderma mengikut kemampuan mereka pada hari yang diperlukan.

Kesimpulannya saudara, saya lebih selesa menjadi golongan yang sederhana. Banyak sebabnya. Insyaallah saya akan menceritakan tentang hal ini di penulisan seterusnya. Dalam menangani masalah kewangan kita, banyak caranya yang kita boleh lakukan. Bagi yang berkemampuan, bolehlah merujuk masalah anda kepada Financial Planner atau Penasihat Kewangan. Mereka akan mengajar pelbagai cara dalam menangani masalah anda.

Sebagai contoh, bagaimana anda ingin menggunakan duit pelaburan ASB anda dalam menjadikan anda seorang Bebas dari masalah kewangan. Ikuti hal ini dalam penulisan saya akan datang. Insyaallah, jika panjang umur.

Enjoy!


--
Silalah lawati website-website saya ini.

http://blogleadertalk.blogspot.com
http://www.SegarNetwork.com/hebat01
http://www.youtube.com/watch?v=obesZRL-_LQ
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=BlogLeader
http://tinyurl.com/5w9r3l
http://rm5je.com/?ref=291
http://tinyurl.com/63nngq
http://www.perigiduit.com/?ref=Blew01
http://kuasaduit.webs.com/
http://www.thevideosense.com/user/kuasaduit/

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber