Cerita Pelik Anak Amy Mastura

Cerita ni aku dapat masa aku baca suratkhabar kat cafe tempat aku keje. Bila aku baca cerita terus aku teringin nak menulis hal ni kat blog aku ni.

Kisahnya macam ni. Sapa x kenal kan ngan gadis molek ni kan. Rasanya dia terbabit dalam dunia seni ni sejak aku sekolah lagi kot. Memang best si Amy ni berlakon. Ramai yang ingat akak kita sorang da pencen dari dunia lakonan ni.

Tapi bebaru ni, satu syarikat alatan senaman telah melamar beliau untuk menjadi duta produk syarikat bekenaan. Sapa tak kenal ngan Syarikat Takasima kan. Hah jgn terkejut plak,.... wanita rendah macam Amy pun leh jadi duta alat senaman.

Dulu beliau pernah menjadi duta untuk produk Quaker Oat. Tapi, senyap jer mcam tu kan....
Bukan itu saja, dalam diam, Amy juga baru selesai menjalani penggambaran dua filem, Damping Malam dan Aku Tak Bodoh. Hah, tak caya la tuh.. huhuhu...



"Saya bersyukur kerana masih menerima sokongan daripada peminat dan pengusaha produk kerana sekarang banyak muka baru muncul dalam dunia hiburan," ujarnya sewaktu ditemui pada majlis menandatangani perjanjian bersama Takasima di Hotel Eastin, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Nak jadikan kisah, sejak kebelakangan ni aper yang diminta anaknya akan menjadi kenyataan. Termasuklah dengan permintaan anaknya inginkan mesin lari setempat. Dan tidak disangka, Amy telah dilamar syarikat Takasima untuk menjadi duta alat senaman mereka.



"Biasanya saya akan meluangkan masa 20 minit untuk lari di atas mesin ini sebelum tidur. Pada saya ia adalah masa terbaik untuk kita mengeluarkan peluh kerana pada waktu sama, kita dapat memastikan proses penghadaman makanan berlaku ketika tidur," jelasnya.



Comments

Anonymous said…
Tak tau macamana nak kaitkan dengan anaknya..