Cerita - Berat Mata Memandang Berat Lagi Mahu Memikul

Pusara
Salam.

Dalam menjalani kehidupan sebagai manusia, kita hanya ada dua perkara. Iaitu hidup dan mati. Mati itu pasti, dan semua benda hidup akan mati. Dan hidup pula, masih lagi dan akan diteruskan sampai mati.

Persoalannya sekarang, aper yg telah korang buat untuk persediaan mati dan aper yang korang telah lakukan dalam menjalani kehidupan sehingga mati??? Renung2 kan lah..



Selama berpuluh tahun aku hidup, aku telah melalui berbagai asam garam kehidupan. Dari aku susah sampi makan nasik ngan garam jer sebagai lauk. Kekadang mak aku buat nasi susu.. Alhamdulillah, aku hidup jugak sampai sekarang.

Aku da rasa hidup secara sederhana, kehidupan yang sangat2 bahagia. Pastu, kehidupan yang senang lenang. Rezeki bapak aku. Aku leh makan makanan sedap2 hampir setiap hari. Alhamdulillah. Tapi, Allah tu Maha Mengetahui. Dia tarik rezeki family aku macam tu aje. Ada orang buat fitnah kat bapak aku. Terus bapak aku kene buang keje. Mujur lah aku da keje masa tu.

Hingga kini aku dan adik beradik aku yang telah tanggung Mak Bapak aku. Kalau bukan kami sapa lagi kan.
Walaupun sekarang aku da kawen, aku terpaksa berjauhan ngan isteri aku semata2 utk mencarik sesuap nasik. Dan tiada sape pun tau kat sini aku makan ker tidak. Aku pun xpernah kisah pun diorang nak amik tau ker tak... Sebab aku da di latih hidup susah. Janji keluarga aku kat n9 makan. Alhamdulillah.

Penuh Dugaan

Dalam aku menempuh ranjau kehidupan aku yang susah ni. Aku menempuh pelbagai dugaan. Kekadang aku xpaham, naper benda ni terjadi. sedangkan aper yg aku lakukan sume utk orang yang aku sayang. Tapi, orang yang aku sayang jgk la tak memberi aku sokongan moral kat aku dalam usaha menambah pendapatan keluarga. Hanya Allah saja yang tahu.

Aku mengaku, aku pernah gagal dulu. Dan aku murung selama 7 bulan. Yelah saper tak murung, kalau bisnes yang kita bina ngan modal hampir Rm100k gagal. Dan aku kene tipu hampir Rm40k.. Allah, besar sungguh dugaan Mu Ya Allah. Bila aku gagal, tiada siapa yang bangkitkan semula gergasi yang sedang tidur di dalam jiwa aku ini. Sehingga pada satu hari, aku berjumpe ngan seorang hamba Allah yang telah menyedarkan aku. Lalu dia berkata kepada aku, " Janganlah kamu membiarkan diri kamu terus jatuh ke dalam gaung yang penuh dengan duri. Bangunlah dan jangan biarkan diri kamu terus mencari pada sesuatu yang tidak pasti.".

Rakan2 seperjuangan aku semua tahu tentang kehidupan aku, tapi diorang hanya nampak aper yang aku sedang lalui tapi diorang tidak melalui nyer. Seperti kata pepatah "Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Aku Pikul".


-End-

Comments

Hairil Rizal said…
Kagum dgn ketabahan itu.

Sesungguhnya hanya jauhari yg mengenal manikam. Beruntunglah Blog Leader kerana menjadi jauhari yg mengenal akan manikamnya.

Kadang-kadang ada jauhari yg tak kenal manikam sendiri...
maCy said…
Allah maha mengetahui, mungkin tu dugaan hebat tapi bakal diganti dengan kegembiraan dan kebahgiaan serta rezki yang maha hebat. tak sekarang, akan datang. Allah maha tahu apa yg terbaik utk hambanya..
azhar said…
doakan yg terbaik untuk awak...rahmat Allah takkan berhenti selagi kita masih hidup..