Tips - Blogging tips untuk Newbie

Salam,

Hari ini, aku nak bagi beberapa tips blogging untuk newbie. Untuk org da lama main blog pun leh amik tips ni... aku sediakan tips ni berpandukan pengalaman aku blogging dan skit2 dari internet...



Aku mula main blog ni sejak tahun 2007 lagi.. so aku rasa, da sampai masanya aku berkongsi aper yang aku tau... Dari blogging jugak la aku dapat keje gomen skrg ni.... huhu... So jgn igt blog ni sekadar penulisan saja... Member aku sorang plak, sebab blog la dia dapat keje ngan gaji Rm4k sebulan... tak percaya? Percayalah.....

Sejarah Dunia Blog

Blog adalah journal online dimana penulis blog boleh berkongsi idea dan pendapat dengan mudah. Dimana, dengan kata lain, blog adalah sebuah web pages yang boleh di update oleh penulis dengan cara yang paling asas.

Perkataan 'blog' pula telah dicipta oleh Jorn Barger dimana ia berasal dari 2 perkataan, iaitu web dan log. Istilah ini digunakan pertama kali nyer pada tahun 1997. Blog mudah disenggara oleh sesiapa saja yang serius dalam membuat duit melalui cara ini. Kebanyakan penyedia perkhidmatan blog ini adalah percuma dan kebanyakan yang digunakan di dunia adalah seperti LiveJournal, Moveable Type dan Blogger.


Terdapat lebih dari 50 Juta blog didalam dunia. Setiap satu nyer bercerita mengenai perkara berbeza. Kelebihan paling nyata didalam dunia blog ini adalah, sesiapa saja yang membaca blog boleh memberi komen dengan secara bebas. Dan dengan komen ini juga lah boleh meningkatkan produktiviti dan penghasilan penulisan blogger itu sendiri.

Blogging Tips untuk Newbie

Untuk entry kali ini aku sediakan lima (5) jer dulu tips. Lain kali aku bagi lagi. Kalau bagi bebanyak pun bukan korang ingat pun huhuhu....
  1. Blog korang mestilah menggunakan tajuk yang menarik, untuk menarik perhatian pembaca.
  2. Pilih topik yang korang minat dan paling penting yang korang tau. Jangan hentam ajer..
  3. Setiap post yang korang tulis mestilah berbeza. Label yang sama takper.
  4. Menulis mestilah dalam keadaan yang tenang dan xder paksaan. Baru dapat hasil yang berkualiti.
  5. Konsep atau topik utama yang korang nak cerita mestila diperenggan pertama. Perenggan seterusnya adalah detail nyer.
Okeh yang seterusnya aku update kendian.. Janji korang bantu aku ngan klik2 klik2 klik2 nuff aku...

Comments

sumpit said…
TQ utk tips tu....anyway jemput la singgah gak...

jemput baca
saiful said…
terima kasih ngan tips.
Tok Esah said…
TQ for info...
ziarah blog Tok plak...

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber