Kursus Kahwin - Tatatertib Menghadiri Kursus Perkahwinan

Salam

Okay hari ini aku sambung balik citer pasal kursus perkahwinan. Kalau sebelum ni aku citer kenapa perlu pegi kursus perkahwinan kan, hari ini aku nak bg tips plak tentang tatatertib menghadiri Kursus Kawin...

Kursus Kahwin
Contoh Kursus Kahwin

Kalau korang x ikut tips ni... serupa korang xpayah pegi jer kursus ni... G kawin kat Siam... Sebab kursus ni la akan membantu korang bila da berumah tangga nanti. Aku sampai sekarang masih rujuk lagi nota² kalau ada benda aku musykil atau berlaku sesuatu dalam rumah tangga aku...

Okeh kita teruskan ngan tips² yang berkenaan... Kosongkan minda korang, tarik nafas dalam², tahan selama 5 saat kendian lepas.... Buat 3 kali, pastu teruskan pembacaaan....

1
2
3
4
5






Okay mula membaca.....

Tips 1 

  • Bangun sebelum subuh, pastu g mandi, kalau boleh niat mandi untuk bersihkan diri kerana Allah Taala, aku tau ramai antara korang masuk tandas pun xbaca doa kan, so hari ini korang baca la doa masuk tandas sekali. 
  • Cari la doa² tu kat dalam internet, kat dalam blog² saudara kita yang belajar tinggi dalam agama.
Tips 2
  • Pas da siap mandi, apa lagi korang ambik wudhu, dan solat subuh ok.
  • Dan doa supaya ilmu yang korang terima hari tu diberkati dan diredhai oleh Allah.
Tips 3 
  • Keluar uma ngan kaki kanan
  • Pastu masa on the way g kursus tu, seeloknya korang diam dari banyak bercakap, bukan xleh ckp tapi jangan banyak cakap (kalau xpaham ayat aku... korang bukak kamus dewan... hahaha)
  • Sebab aper aku suruh diam, sebab aku suruh korang bertasbih
Tips 4 
  • Sesampai jer kat tempat kursus, masuk jer korang bg salam ngan penuh senyuman. Kan senyuman itu sedekah.
  • Bersalaman la ngan sesapa saje kat situ yg muhrim saja. Kalau laki ngan laki la salam. Pompuan ngan pompuan la... xkan ni pun aku nak ajar huhuhu
Tips 5 
  • Ni yang paling penting
  • Kedudukan korang dalam kelas.
  • Seeloknya korang duduk depan sekali, kalau lewat crik la baris kedua atau baris ketiga. Sebab kat depan banyak lagi benda korang dapat percayalah
  • Suruh pasangan korang duduk depan jugak, (kalau datang ngan pasangan la... kalau x jangan suruh pasangan orang lain lak kat depan... huhu )
  • Jangan takut kene soal, duduk depan xkene soal, duduk belakang la selalu kene soal... Percayalah, sebab aper? Sebab aku kalau ngajar pun aku suka tanya student yang duduk kat belakang.
  • Dan ingatlah kawan² ku sekalian. TOLONG JANGAN duduk belakang. Kerana kat belakang tu la banyak setan² yang memekak dan menghasut peserta lain. Sedikit sebanyak akan mengganggu input korang dalam mengikuti kursus. 
Okay sampai sini jer tips kursus kawin, pasni aku bg tips lain plak... Macam nak jaga hubungan korang ngan isteri atau suami. Nak kumpul duit nak kawen dan sebagainya.... hahaha tunggu

Satu benda aku nak cakap, kawen tu BEST WOOO.... huhuhu

Kursus Kahwin
Kan aku cakap da... korang tgk mamat ni... bukan main happy lagi..
Tu belum malam lagi tu...

Comments

one2paii said…
erk..betul2..gua setuju sgt ngan lu bro..bila dah bergelar suami nie mmg sehronok..tgu waktuh jerk ..hehe
bluedianthus said…
Wah..tips yang menarik ni..:)

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Terdapat Perkhidmatan Uber Di Malaysia.