Perkahwinan - Perkara Perlu Buat Sebelum Nikah

Salam

Disebabkan cuti sekolah hampir tiba. So ramai la antara korang yang akan masuk musim "mengawan". Iaitu dalam erti kata lain musim orang kahwin la.

Contoh Majlis Pernikahan

Hari tu aku ada cerita pasal kursus kahwin kan. Hari ini aku citer plak aper yg korang perlu buat sebelum nikah. Diharap korang kongsilah tips ni ngan orang lain. Semoga beri manfaat kepada mereka juga. 3 minggu aku rungkai isi untuk buat entry kali ni tau. So jangan kedekut, seperti mana aku berikan kepada korang... nak ker aku minta duit... huhuhu... cukup la sekadar korang doa kan kesejahteraan aku sekeluarga..

Ramai orang berdebar ketika menunggu waktu nak bernikah, ialah nak jadi suami atau isteri kan. Korang ingat senang ker.... Lepas kadi cakap sah jer, beban seberat bumi telah diletakkan kat bahu korang....  Baik laki mahupun pompuan... Jangan korang ingat pompuan xder beban... Korang lagi banyak sebenarnya... Part ni lain kali aku rungkai kan....

Ok, berbalik pada kes kita tadi. Perkara korang perlu dan jangan buat sebelum nikah. Aku mulakan ngan perkara perlu buat dulu....

Perkara perlu buat (bukan wajib, tapi perlu)

  1. Perkara paling penting, minta maaf pada kedua orang tua. Terutama ibu korang. Kalau da xder, korang pegi ziarah kubur diorang. Ni tunggu raya baru nak pegi. Aper? korang xtau kat maner kubur diorang? Itu korang nyer pasal la... Pepandai la nak hidup...
  2. Cukupkan la solat korang 5 kali sehari.. Tak cukup ngan tu buat la solat sunat sekali..
  3. Buat solat taubat setiap kali lepas solat Maghrib. Yela dulu korang masa bujang kan da enjoy, memacam korang buat, ada yang korang ingat ada yang tidak kan. Sama la ngan aku dulu huhuhu...
  4. Buat solat sunat hajat selepas solat Isyak, minta pada Allah supaya memudahkan urusan korang nak nikah dan selepas nikah.
  5. Pastikan duit dan persediaan semua da complete. Supaya tak kelam kabut masa majlis nanti. Jangan jadi macam member aku, masa nak pegi nikah baru nak keluar duit kat bank untuk duit mas kahwin. Last kali bg duit mas kawen dalam sampul surat hahahaha.... Pas tu abis nikah, aku tgk kete aku kene kopak, abis duit aku kene kebas... Malang tol nasib...
  6. Ok ni antara paling penting. Dua tiga hari sebelum nikah, elok lah korang mandi wajib setiap pagi, dan pas mandi amik wudhu. Mana tau ada antara mandi wajib korang masa bujang tu xbersih, kita mana tau kan.... -( Makna kesucian dan bersih dalam Islam... Selagi seseorang itu tidak mandi hadas besar dan kemudian berwudhu, ia tidak berada dalam keadan suci dan bersih.) bukan mandi pakai sabun dan shampoo tau...
  7. Hari pernikahan, bangun pepagi, mandi.. dan wudhu... kendian solat Subuh.... dan doa lagi minta Allah permudahkan urusan korang...
  8. Sebelum keluar rumah, korang buat solat sunat dua rakaat.
  9. Sebelum nak duduk dan salam kadi, korang salam ibubapa, adik beradik dan yg sewaktu ngan nyer... Untuk minta restu... Jangan lupa amik wudhu plak.
  10. Sebelum bersalam ngan kadi, baca bismillah..... kendian lafaz la nikah ngan satu nafas dan yakin... 
Nanti aku sambung lagi, pasal perkara jangan buat plak sebelum nikah..

p/s : Entry pasal kursus, nikah, perkahwinan, rumah tangga dan sewaktu ngan nyer. Adalah berdasar pengalaman, kajian dan temuduga dengan orang berilmu yang dibuat sendiri oleh penulis. Dan juga dari pengalaman sendiri penulis.

Comments

saya nak share ni blog saya ok..bolehkn?
saya share di blog saye..tenkiu dengan tips yg berguna ini http://suhaidasupalio.blogspot.com/2011/05/bukan-wajib-tapi-perlu-untuk-bakal.html
H A T I M A H said…
saya nk kongsi ilmu nie di blog sya...

Https://pompaleywei.blogspot.com

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber