Fakta - 100 Tahun Milo Bersama Kita

Assalammualaikum

Sebelum aku bermula mencoret penceritaan kat blog kesayangan aku ni.... Aku nak mengimbau kembali kisah silam kita....

Biasa tak dulu lori macam gambar kat bawah ni masuk sekolah korang?

lori milo sekolah zaman budak-budak

Mesti ada yang jawab "Pernah", "Tak Pernah" atau "Tak Ingat".... Kalau tak ingat ni, mesti kes tak rajin datang sekolah hehehe... (ponteng)

Jom Imbau Kisah Silam dan Kongsikan

So, mesti banyak pengalaman dan penceritaan yang mungkin masih segar kat benak pemikiran korangkan.... 

Dulu masa sekolah ada member aku tendang lori Milo ni, sebabnya dia tak sempat ambil air Milo tu.... dia sampai jer kat lori tu... air sudah habis dan pekerja lori tengah kemas... apa lagi dia mengamuk la... abis semua benda dia tendang... hehehe.... Last sekali, brader kat dalam lori Milo tu bagi 2 kotak Milo...

Kalau dulu lain, nikmat dapat minum Milo lori ni macam dapat duit 1 Juta... hehehe... yelah kan sedapkan Milo dia buat... kalau nak beli kat kedai, memang tak dapat la.... masa tu kan kita budak-budak lagi... mana ada duit...

Tu masa budak-budak, sekarang ni kalau aku jumpa lori ni.... aku masih pergi ambik lagi air tu.... ada beberapa sebab, satu aku suka minum Milo... kedua sebab dia Free... hehehe....

Sudah 100 Tahun Produk Nestle Bersama Kita

Korang percaya tak dengan tajuk aku diatas tu.... Nak taknak korang kene percaya jugak.. 

Hari tu memang kebetulan ada Lori Nestle ni masuk kat tempat kerja aku... tapi bukan lori Milo yang datang, tapi lori Nescafe... tu yang aku tertarik nak buat entry tentang ni...

So, aku cari la sikit info kat Pak Cik Google... Maka, terjumpa lah aku satu contest yang dianjurkan oleh pihak Nestle sendiri.. sempena sambutan 100 tahun Nestle bersama kita... 

milo lori contest 100 year nestle

Senang jer nak join, korang hantar jer cerita pengalaman korang bersama produk Nestle ni... tak kiralah Milo, Nescafe, Corn Flakes dan sebagainya... Janji dengan produk Nestle....

Korang boleh hantar dalam bentuk video, penulisan, gambar dan tweet kreatif... Hadiah terkumpul sebanyak Rm100,000 tue.... Kalau korang nak tau info lebih lanjut atau nak join contest ni... klik kat link bawah tu...


Harap info ni dapat bantu korang....


BlogLeaderTalk

Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments