Info - Apa Itu Zakat

Assalammualaikum

Pernah dengar tak zakat? Khas untuk orang Islam.... Aku yakin walaupun ramai diantara korang ni muda-muda... dan aku pasti tidak ada sorang pun dari korang yang tidak tahu apa itu zakat kan... kan....

Ini salah satu sebabnya kita sudah pernah belajar secara asas tentang zakat ni semasa kita sekolah dahulu...

Apa itu zakat jenis

Sebenarnya terdapat banyak jenis zakat... yang biasa korang dengar mesti zakat fitrah kan....

Okeh, jom teruskan pembacaan korang....


Apa Itu Zakat?


Zakat diertikan sebagai "tumbuh dan bertambah". Ianya juga bererti bersih, berkat, suci dan subur.

Zakat adalah salah satu rukun Islam yang kelima. Ianya telah difardhukan mulai tahun yang kedua Hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Proses mengeluarkan zakat adalah merupakan asas kesempurnaan dan ketaqwaan kita di dalam menegakkan tunggak agama Islam yang maha suci. 

Ini kerana dengan mengeluarkan zakat, kita telah melaksanakan salah satu dari rukun Islam yang kelima.

Jenis Zakat

1. Zakat Wang Simpanan 
Duit simpanan korang akan jadi wajib untuk dikenakan zakat apabila simpanan itu telah berusia selama setahun... Ada pengiraannya tapi aku tak tunjukkan... Kalau korang tak paham eloklah pergi tanya Pusat Zakat...


2. Zakat Emas

a) Emas Yang Disimpan
Apa Itu Zakat JenisEmas yang disimpan bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram) maka, wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai emas tersebut. Nilai yang diambil kira adalah nilai emas sahaja iaitu tidak termasuk batu-batu permata.

b) Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi 'URUF' (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Sekiranya melebihi uruf, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atau nilai lebihan uruf itu. Penggunaan uruf ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada Mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini uruf yang digunakan di Negeri Sembilan ialah 200 gram.


3. Zakat Perak
Perak yang disimpan dalam tempoh setahun jika melebihi nisab (595 gram).

4. Zakat Pertanian (Padi)
Kerana padi merupakan makanan asasi negara ini

5. Zakat Ternakan
Dikenakan keatas ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan biri-biri

6. Zakat Perniagaan
Apa itu zakat jenis
Zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

7. Zakat Saham
2.5% atas tolakan terendah saham-saham yang dimiliki setahun, setelah ditolak pinjaman membeli saham.

8. Zakat Pendapatan
Ini yang antara paling penting... Ramai yang tak tahu tentang Zakat jenis ini... Apabila korang sudah ada pendapatan sendiri, tak kira secara part time atau sepenuh masa... Wajib dikenakan zakat mengikut pengiraan nisab...

9. Zakat KWSP / LTAT / Insurans
Dikenakan sebanyak 2.5% dari jumlah yang telah dikeluarkan dari tempatnya..



BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber