Janji Allah Kepada Hambanya Yang Ingin Berkahwin


Di dalam surah An-Nur, Ayat 33 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

“Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnianya;”

Janji Allah Kepada Hambanya Yang Ingin BerkahwinDi dalam Al-Quran, Allah SWT telah berjanji, barang siapa yang mempunyai keinginan serta niat yang ikhlas untuk berkahwin kerana Allah SWT, tetapi kekurangan duit atau kemampuan untuk melangsungkan perkahwinan mereka, hendaklah mereka menjaga “kehormatannya” yang bermaksud, menjaga kemaluan serta diri mereka daripada melakukan maksiat atau perbuatan keji. Sehinggalah, Allah SWT mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepadanya untuk berkahwin.



Namun begitu, ini tidaklah bermakna dengan hanya berniat ingin berkahwin kemudian duduk sahaja diam-diam di rumah, beribu-ribu duit akan terbang jatuh dari langit ke riba anda. Jika anda beranggapan atau membayangkannya begitu… membujanglah anda sampai ke tua.

Anda pasti pernah mendengar orang-orang tua berkata, “Orang yang hendak berkahwin ini,insyaallah murah rezekinya”... sebenarnya mereka berkata begitu kerana mereka tahu dan yakin dengan janji Allah SWT di dalam Al-Quran. Janji siapa lagi yang anda perlu percaya jika tidak janji Allah SWT? Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri janjinya.

Kesimpulannya disini, tanpa usaha untuk anda mencapainya, seratus tahun pasang niat pun anda tidak akan berjaya berkahwin... Indahnya perkahwinan itu hanya Allah sahaja yang tahu...

Comments