Jumaat - Bersyukurlah

Salam.

Hari ini, aku bawa anak dan isteri pergi makan kat luar. Saja bawa keluar.. Da lama rasanya tak jejalan macam ini. Sambil jalan-jalan di Mall, tetiba perut rasa lapar, lalu aku ajak isteri aku pergi makan.

Aku mengajak isteri aku makan Steamboat. Isteri aku hanya mengangguk saja tanda dia setuju cadangan aku. Tu maknanya aku la tu kene bayar... hehehe...

 Jumaat bersyukurlah steamboat johnnys


Gelagat Anak Aku Makan

Ketika memberi anak aku makan, tetiba aku rasa terdetik difikiran, macam mana anak aku memula tahu cara nak mengunyah yer?

Secara tetiba mulut aku menyebut dengan nada rendah Allah Maha Besar. Aku sangkakan isteri aku tak dengar apa yang aku sebutkan. Rupanya dia dengar.

 Jumaat bersyukurlah steamboat johnnys
Gelagat Anak Aku

Dalam nada kehairanan dia bertanya "Kenapa awak tetiba sebut Allah Maha Besar?". Dengan nada separuh serius dan separuh selamba aku berkata, aku tak dapat jawapan dari persoalan aku tadi.


Bersyukurlah

Pernah tak korang terfikir, bila korang memula tahu mengunyah? Jawapan itu hanya Allah sahaja yang tahu.

Tetapi rata-rata antara kita, ramai lagi yang merasakan hidup mereka tidak sempurna. Kenapa? Sebab manusia memang tidak pernah rasa cukup. Inilah dia nafsu, nafsu dapat dikawal dengan Iman kengkawan sekalian. 

Dan macam maner nak pupuk Iman supaya kebal dan kukuh? Solat yang sempurna. Jika kita tinggal solat, apa pun tiada berguna.

Jadi, kita semua haruslah bersyukur sebab kita pandai mengunyah sedari kecil lagi. Bayangkan jika Allah tarik semula nikmat mengunyah ni... Aku pasti korang mesti tak boleh makan dan walaupun sudah ada teknologi terkini makan pakai air cucuk terus ke tubuh, korang pasti tak puas walaupun perut kenyang.

Oleh itu, bersyukurlah kengkawan dengan Baca Doa Sebelum dan Selepas makan. Dan beribadatlah kepada Allah, dengan solat.


Insyaallah.


BlogLeaderTalk

Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Terdapat Perkhidmatan Uber Di Malaysia.