Pendapat Anda - Jadi Tauke Tahu Buat Kerja Atau Tahu Arah Orang Buat Kerja

Salam,

Aku dapat idea nak buat entry ni masa kat car wash hari tu... Ini semua berpunca dari kebosanan aku menunggu kereta orang umah aku siap dicuci oleh pekerja-pekerja asing yang berasal dari India itu.

Jadi Tauke Tahu Buat Kerja Atau Tahu Arah Orang Buat Kerja car wash

Nak jadikan cerita hari tu ramai sangat orang "malas" nak basuh kereta sendiri. Tu yang ramai hantar basuh kat car wash.. Termasuk lah aku hehehe...

Sebenarnya awal bulan, semua orang masih berduit lagi... tu pasal rajin hantar carwash....


Kisah Tauke Tak Tau Buat Kerja.

Ini kisah benar-benar berlaku di depan mata aku. Aku rasa tauke car wash ni baru balik dari kedai beli barang untuk kedai dia...

Balik jer dia terus bebel kat pekerja dia, "Apsal banyak sangat kereta beratur kat belakang tu??? Korang buat lembab la" katanya sambil menunjuk-nunjuk kereta yang beratur dibelakang kereta orang umah aku. ( Aku agak jer la dia ckp mcm tu, sebab bahasa yang digunakan oleh Tauke tu adalah bahasa Ibunda dia hehehe)


Sambil bebel dia pun pergi menyarung kasut Phua Chu Kang dan terus pergi menolong pekerja nyer..

Jadi Tauke Tahu Buat Kerja Atau Tahu Arah Orang Buat Kerja car washPerkara yang buat aku tertarik pada masa ni adalah apabila Si Tauke tu buat-buat tau menyambungkan hos getah yang digunakan untuk membuat cucian Snow Wash. Tapi yang kelakar nyer lama giler dia cuba sambungkan, tapi tak berjaya.

Aku perhatikan pekerja-pekerja dia ketawa kecil disebalik kereta yang tengah dicuci mereka, menandakan mereka gelak pada ketua mereka. Akhirnya, Si Tauke itu pun meminta pertolongan pekerja dia..

Setelah siap, dia pun bukak kasut Phua Chu Kang dia dan terus masuk kedalam opis. Agaknya malu kot.... hehehe....

p/s : Bila korang xtau buat kerja, nanti anak buah korang mesti tak respect kat korang....

p/p/s : Walaupun korang ketua, kadangkala korang kene hormat pendapat anak buah korang...

p/p/p/s : Ada banyak aku leh cerita pasal ketua atau leadership ni, xper aku buat entry lain nanti.

So, Apa Pendapat Anda? Nak Jadi Tauke Tahu Buat Kerja Atau Tahu Arah Orang Buat Kerja? 

Renung-renungkan lah yer...

Comments

abg pasar said…
Wah ada kena mengena dengan perniagaan jugak ni... Bila tauke tak tau buat keje. Nasib baik aku tokey dan aku jugak kuli. Rasanya bukan taktau.. tapi dah lama tak buat keje.. ye lah.. dah jadi tokei. Main arah jer..
BlogLeader said…
Hehe tau xper... kekadang lupa terus nak buat keje paling simple...

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber