Terjah Blog - Bob Kuman Jatuh Sakit Lagi dan Perlu Bantuan

Assalammualaikum,

Korang pernah dengar tak Bob Kuman.... Baru-baru ni beliau ada menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega bergabung dengan Sobri... Kumpulan diberi nama Bawal Power....

bob kuman bawal power jatuh sakit melodi
Bob dalam Kumpulan Bawal Power
Sempena hari Jumaat ini, aku nak bawakan kisah sedih tentang beliau, dan aku nak korang kalau boleh share la hal ini kepada semua rakan-rakan korang kat Facebook...



Aku dapat info ni bukan dari sebarangan orang yer... Aku dapat info ni setelah aku terjah blog Mazidul Akmal Sidek baru-baru ini... Mengikut kata Mazidul, kisah ini akan dipaparkan di Melodi minggu ini di Tv3...

Diharap, dengan perkongsian ini dapat meringankan beban beliau... Insyaallah....

Jatuh Sakit Lagi dan Perlukan Bantuan

bob kuman bawal power jatuh sakit melodi Mazidul Akmal Sidek
Kredit to mazidulakmal.com
Petang semalam, beberapa wartawan dan jurugambar telah melawat Bob, 41 tahun di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor..

Didalam coretan blog Mazidul, beliau berharap, semua insan bergelar artis mampu dibantu jika mereka berada dalam kesusahan namun mereka harus mendaftar menjadi ahli SENIMAN terlebih dahulu. Suara persatuan tentunya lebih didengari berbanding laungan artis secara individu sewaktu ditimpa bahana.

Menurut beliau lagi, Bob Kuman ceria melihat kehadiran para wartawan, jurugambar dan wakil dari pihak SENIMAN. Dan, Bob juga kelihatan tenang menjawab semua soalan yang ditanya wartawan yang hadir..

bob kuman bawal power jatuh sakit melodi Mazidul Akmal Sidek
Kredit to mazidulakmal.com
"Ramai orang beranggapan syarikat Nur Lizz, NL tidak membantu saya sewaktu susah. Sebenarnya NL menjelaskan bayaran rawatan hospital saya dan membelikan saya mesin oksigen tetapi mesin itu rosak," ujar Bob.
.

Jika sesiapa antara korang yang ingin menyalurkan bantuan kepada beliau, mungkin korang boleh hubungi Persatuan Seniman Malaysia untuk menyampaikan hasrat korang.... Ini kerana aku dipahamkan akaun Maybank yang dimiliki Bob telah disekat oleh pihak bank... Sebab apa aku pun tak tahu... Korang leh terjah atau mencari info di blog Mazidul.
.

Okeh, ni cara nak menghubungi SENIMAN : 

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN)
Wisma PFM, No.301-C, Melawati Square,Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
TEL: +6 03 4105 5442
FAX: +6 03 4105 5443

Diharap dengan perkongsian ini dapat manfaat kepada orang yang memerlukan...

Korang boleh baca sendiri dari blog Mazidul di mazidulakmal.com

"Aku Menulis Bukan Kerana Nama, Aku Menulis Kerana Korang Semua"


BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

eva said…
huhuhu kesian kat bob..
BlogLeader said…
nasib jadi penghibur