Tips - Teknik Asas Kitaran Wang (Part 1)



Salam,

Aku yakin antara korang semua, mesti yang ada yang baru tamat belajar dan masih mencari-cari pekerjaan. Dan aku juga yakin korang mesti tak tau apa itu asas kitaran wang. Aku percaya ramai yang membuat dua tiga pekerjaan untuk korang mencari duit tambahan untuk korang mencapai hajat korang yang satu iaitu "Berkahwin". Tak kiralah samaada korang sudah ada calon atau belum.


Sebenarnya, untuk mencari dan mengumpul duit untuk perkahwinan ini tidaklah sesukar yang korang fikirkan, jika korang tau teknik asas Kitaran Wang yang betul dan mempraktikkannya.

Kebanyakan orang seringkali tersilap dalam menguruskan perbelanjaan mereka. Mereka sangka untuk hidup mewah memerlukan pendapatan yang besar. Korang Silap! Tidak ada gunanya jika gaji bulanan anda Rm10,000 jika perbelanjaan anda memerlukan Rm12,000 sebulan. Ini sama sebenarnya jika gaji bulanan anda Rm1000 tapi perbelanjaan anda Rm1200 sebulan.

Terdapat 4 perkara asas yang penting perlu anda tahu dalam Kitaran Wang Asas ini. Iaitu :

1. Pendapatan
2.Perbelanjaan Sara Hidup
3.Hutang
4.simpanan

Kisah Yang Membabitkan Isu Ini

Johan (bukan nama sebenar) 21 tahun serta bujang, adalah merupakan seorang juruteknik komputer di makmal komputer di sebuah pusat pengajian tinggi. Beliau telah bekerja hampir setahun dan berpendapatan RM1,500 sebulan. Setiap bulan, apabila mendapat gaji (Pendapatan), beliau akan membayar sewa rumah (Perbelanjaan Sara Hidup), bil air & elektrik (Perbelanjaan Sara Hidup), bil telefon (Perbelanjaan Sara Hidup), membeli barang-barang dapur seperti beras, sayur, daging dan ikan (Perbelanjaan Sara Hidup), membayar hutang motorsikal serta hutang pinjaman pelajarannya (Hutang). 

Kemudian pada hujung minggu, beliau akan keluar makan dan menonton wayang bersama kekasihnya (Perbelanjaan Sara Hidup), bermain boling bersama rakan-rakan (Perbelanjaan Sara Hidup), membeli majalah komik serta cd permainan komputer terbaru (Perbelanjaan Sara Hidup) dan kemudian pergi ke kedai pakaian dan membeli sepasang baju berjenama (Perbelanjaan Sara Hidup). 

Akhir sekali, jika masih ada duit lebih yang tidak dibelanjakan... barulah duit tersebut dibiarkan di dalam bank sebagai duit simpanan (Simpanan). Tetapi, pada kebiasaannya, tiada sesen pun duit yang lebih untuk dibuat sebagai simpanan. Malahan, beliau juga sering berhutang dan meminta rokok dari teman-temannya yang lain.

Amacam? Ada macam korang nyer perbelanjaan tak? Jika sama atau hampir sama, tidak hairanlah korang masih tidak cukup duit untuk berkahwin sekarang ni... hehehe

Teknik kitaran wang yang betul tidak banyak beza nyer dengan teknik kitaran wang yang salah. Apa yang perlu anda buat adalah hanya menyusun semula kitaran wang korang. Begini...

Teknik Kitaran Wang yang salah :

1. Peroleh Pendapatan
2. Guna Untuk Perbelanjaan Sara Hidup
3. Guna Untuk Hutang
4. Jika Lebih, Simpan

So, macam kitaran wang yang perlu korang susun semula dan betulkan :

1. Peroleh Pendapatan
2. Asingkan Untuk Simpanan
3. Guna Untuk Perbelanjaan Sara Hidup
4. Bayar hutang

Amacam ada nampak tak perbezaan nyer? Okeh kita sambung lagi pasni... Penat dan tulis ni... Hehehe....

Comments

nasir hamzah said…
terbaik punya tips..
BlogLeader said…
Saja mengingati rakan-rakan semua...

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber