Tutorial - Bagaimana Nak Jadikan Entry Blog Keluar Kat Facebook Secara Automatik

Salam

Teruja tak korang tengok tajuk entry aku kali ni... Ni la yang aku dok buat entry testing banyak-banyak hari tu...  Mesti korang pun naik menyampahkan ngan entry aku tu.... Yela aku kene la buat banyak supaya aku dapat result yang terbaik. 

Bagaimana Nak Jadikan Entry Blog Keluar Kat Facebook Secara Automatik


Kalau aku tak test n error.. tak dapat la aku nak buat tutorial ni untuk ajar korang. Mungkin ada yang da tau... Kalau da tau sila beri komen dan feedback kat aku... ok.

Okeh... Kita teruskan dengan agenda kita... Enjoy....

Bagaimana Nak Jadikan Entry Blog Keluar Kat Facebook Secara Automatik

Tengok pada tajuk pun korang tau, hari ini aku nak ceritakan macam mana nak buatkan entry blog korang masuk kat dalam Facebook korang secara automatik.. Iaitu masuk kat wall Facebook korang. Tak kiralah Fanpage korang atau Facebook personal korang. Dua-dua pun boleh..

Untuk pengetahuan korang, setiap kali korang publish korang nyer entry, setiap kali tu la entry korang akan keluar kat wall korang sebijik-sebijik. Korang buat entry Ayam, Ayam lah yang keluar kat wall korang... Dia takkan pandai-pandai keluar Itik plak kat wall korang.

Okey, seperti biasa korang kosongkan minda dari pemikiran negatif... kerana pemikiran negatif akan menyebabkan korang berfikir secara tidak rasional. 

Sudah?

Jom kita bermula...

Tutorial


1. Korang taip atau klik link ni kat browser korang. http://apps.facebook.com/blognetworks/ 








2. Klik button "Log In with Facebook"










3. Gambar macam ini akan keluar, pastu korang klik "Click here to continue"



4. Then, korang klik kat "Register a Blog"


5. Korang teruskan masuk URL blog kat sini, pastu tekan "Next"



6. Isi la apa patut kat dalam borang ni.. Pastikan yang * korang isi, sebab ini perkara yang wajib korang isi... Selain tu korang abaikan pun xper



7. Sudah siap isi, korang tekan "Next"



8. Diorang akan tanya korang, "Betul ke korang nyer blog ni?".... Korang klik "yes" ajer....



9. Untuk memastikan ini adalah blog korang, pihak network akan beri dua pilihan untuk korang pastikan dengan diorang... yang pertama ko minta tolong kawan korang untuk confirmkan ngan diorang... atau korang leh masukkan widget diorang kat dalam blog korang.... aku suggest korang pilih Install the widget... sebab tu yang paling senang... tak nyusahkan orang lain.. hehehe



10. Ok, macam biasa copy kod html ni dan paste kan kat widget blog korang. Selepas korang da paste kan kat blog korang. Apa lagi tekan la button "Verify Now" tu..


11. Selepas verify akan kuar macam kat gambar bawah ni... klik kat anak panah yang aku tunjuk tu...


12. Pastu, akan keluar macam dalam gambar kat bawah tu... Korang klik jer kat anak panah yang aku tunjuk tu...


13. Tekan jer "Grant Permissions'


14. Akan keluar popup window... klik jer "Allow"


15. Pastu, korang tengok kat page tu... yang no 2 tu... akan kuar macam ni... sebab korang tak verify email... macam biasa... buka email dan klik link verify...


16. Keluar window baru kan... gambar aku silap ni... step no1 bukan klik kat "Quick Publisher" tapi korang klik kat "Blogger Dashboard" bersebelahan ngn Quick Publisher.... Pastu korang klik plak "Syndication" macam aku tunjuk ngan anak panah tu...


17. Korang nampak tak pilihan  no 2 tue.... okeh klik kat " Add Facebook Target".


Pastu korang mesti da tau buat kan... korang pilih jer Facebook atau Fanpage... pastu tutup window kecik tu...

Okey sepatutnya korang da siap pasang semua aplikasi ni.... 

So, leh la korang buat macam aku.... buat entry testing banyak-banyak.... hehehehe... Pastu dalam masa 20 minit korang tengok kat facebook, ada keluar tak entry korang... kalau xder mesti ada silap kat mana2...

Okeh semoga entry ni dapat memberi manfaat kepada korang... kalau xpaham korang leh buat pertanyaan kat ruang komen entry ni....

BlogLeaderTalk

Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

lang admin said…
tengkiu bos..ni ilmu yg sgt berguna bg aku yg bru dlm dunia blog ni..trima kasih byk2..di jemput sedara lepak di blog ambe ni.. http://mzlmovie.blogspot.com/
terima kasih untuk tips ni..sangat berguna untuk saya yang masih baru dalam dunia blogger
BlogLeader said…
Terima kasih mengunjugi blog ni.. Aku pun bukan pandai sangat pun... Ajar apa yang tahu sahaja.. kongsi ilmu...

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber