Remaja Ohio Pengsan Kerana Call of Duty Marathon

Assalammualaikum

Korang suka main Xbox 360 tak? Ps3 ker? atau yang sewaktu dengannya... Ni ha aku ada berita tergempar dari korang.

Sila beri perhatian, Enjoy!

Remaja Ohio Pengsan Selepas Main Permainan Video 

Seorang remaja berumur 15 tahun dari Columbus, Ohio terpaksa dikejarkan ke Hospital berhampiran pada hari Selasa lepas kerana tidak sedarkan diri semasa sesi maraton Call of Duty: Modern Warfare 3 yang berlangsung antara empat dan lima hari.

(Credit: Getty Images)

Tyler Rigsby telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Ohio State, telah disahkan mengalami dehidrasi. Pegawai hospital berkata beliau telah dibenarkan keluar pada keesokan harinya.

Menurut laporan berita tempatan, Rigsby hanya berhenti bermain seketika permainan itu apabila hendak kebilik air, mengambil sedikit snek atau makanan, dan apabila hendak mandi sahaja. Kebetulan pula, pada hari kejadian, dia berhenti bermain kerana pergi melawat ibu saudaranya bersama ibunya.

Kes sebegini memang banyak terjadi di seluruh dunia. Cuma ianya jarang dihebohkan. Korang nak tahu tak, sekurang-kurangnya 2 peminat permainan ini meninggal dunia selepas sesi maraton permainan ini berlangsung. Manakala, seorang pemain berusia 18 tahun dari Taiwan ditemui mati selepas satu sesi maraton 40jam dengan permainan Diablo III.

Dan pada bulan Februari, seorang lagi peminat permainan video Taiwan ditemui maut kerana terkena serangan jantung ketika bermain di Café Internet di Taipei semasa bermain dalam talian permainan League of Legends. Rakan-rakan sepermainan beliau, hanya menyedari kematian beliau selepas 9 jam.

Doktor mengatakan bahawa Tyler Rigsby bernasib baik kerana terselamat. Dan Rigsby sudah selamat berada dirumah.. Tapi rasanya beliau tidak dapat bermain permainan apa-apa lagi selepas ini, kerana keluarga beliau telah membuang permianan Xbox 360 beliau.

P/s: Aku kalau main winning memang selalu kalah saja. Tak pernah menang. hehehe..



Sumber : Yahoo News

BlogLeaderTalk
Apabila Orang Lama Kembali Semula Di Sini

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Terdapat Perkhidmatan Uber Di Malaysia.