Pedoman Islam - Akan Datang Satu Zaman Sedekah Tidak Diterima

#Tajaan #Ads

Assalammualaikum..

Hadis Abu Musa r.a.: Daripada Nabi s.a.w., bahawa baginda s.a.w. telah bersabda:
Umat manusia akan didatangi suatu zaman di mana seorang lelaki berjalan ke sana
sini membawa sedekah emas tetapi tidak ada seorang pun yang ingin menerimanya.

Jangan jadikan diri anda sebagai salah seorang yang menghadapi nasib
sedemikian kerana sukar untuk mencari penerima sedekah. Bersedekah lah
sekarang kerana fadhilat bersedekah amat besar sekali.

---------------------------
Keutamaan Bersedekah.
---------------------------

Sedekah memiliki keutamaan dan pahala yang besar di dunia dan akhirat.
Hanya orang yang diinginkan Allah dan diberi-Nya taufiqlah yang akan mendapatkan itu semua.
Keutamaan-keutamaan bersedekah adalah seperti berikut:

1.Sedekah sebagai pembersih dan pensuci diri dan sedekah akan menyuburkan rezeki.

2.Sedekah memenuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.

3.Orang mukmin mendapatkan perlindungan dengan bersedekah pada hari Kiamat.

4.Sedekah melindungi dari bahaya dan musibah serta menolak su'ul khatimah (kematian/pengakhiran yang buruk.)

5.Sedekah merupakan bukti di atas kebenaran iman.

6.Sedekah menyelamatkan seorang muslim dari belenggu hati.

7.Allah akan menggantikan harta orang yang bersedekah seperti keterangan dalam satu hadis:
Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua
malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru.
‘Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan
hartanya kerana Allah.’

Yang satu lagi menyeru ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut).’

8.Pahala sedekah sentiasa mengalir kepada orang yang bersedekah walaupun selepas dia meninggal dunia.

Sedekah menghapus kesalahan (dosa) dan menjauhkan kita dari api neraka
seperti keterangan dalam hadis Nabi s.a.w.:
“Sedekah itu menghapus dosa sebagaimana air memadam api.”

Ketahuilah lebih banyak manfaat bersedekah di dalam ebook
Rahsia Sedekah.

Sekian, Wassalam.

Yang Benar

Zahidan Abdul Aziz

.
..
...
....


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber