Pedoman Islam - Apa Yang Anda Baca Dalam Solat

#Tajaan #Ads

Assalammualaikum

KEPENTINGAN MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT

Erti bacaan solat perlu kita fahami baik secara keseluruhan ataupun secara per kata. Dengan memahami apa yang kita baca, solat pasti menjadi lebih khusyuk dan lebih bererti. Sebaliknya, jika kita tidak mengerti apa yang kita baca, maka hati dan fikiran akan lebih mudah terganggu dengan lintasan-lintasan perkara lain di dalam hati yang akhirnya mengganggu kekhusyukan solat.

Gambar Hiasan

Ini terjadi kerana hati dan fikiran kita tidak memiliki "kesibukan" untuk memahami apa yang dibaca. Solat yang tidak dilandasi dengan pemahaman erti merupakan salah satu ciri ketidaksempurnaan solat. Bahkan, Allah mengumpamakan hal ini seperti orang yang sedang mabuk.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan."  - Surah An-Nisa, Ayat 43

Kalimah “hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan” ialah isyarat jelas bahawa perintah memahami maksud bacaan dalam solat ialah suatu kewajipan yang perlu diusahakan oleh setiap muslim yang mengaku beriman supaya dapat mendirikan solat dalam keadaan yang sempurna.

Mengetahui erti setiap bacaan dalam solat (dari takbiratul ikhram hingga salam) adalah sangat penting. Jika ketika ini kita belum mengetahui 100% erti bacaan dalam solat, tinggalkan dahulu belajar yang lain. Utamakanlah mempelajari tentang perihal ini!

Tidak ada alasan bagi orang yang beriman dan muslim yang telah menjadi Islam sejak puluhan tahun untuk tidak berusaha memahami dan mempelajari bahasa arab dan makna-makna di dalam solat serta tafsir Al-Quran sedangkan dalam waktu yang sama mereka mampu mempelajari pelbagai jenis bahasa asing dan membaca serta menulis dan bahkan bertutur di dalam bahasa tersebut.

Wallahualam bissawab.

Ebook Rahsia Solat : Panduan Solat Sempurna Dan Khusyuk

Dapatkan ebook dan video rakaman bengkel pemantapan solat untuk memantapkan lagi ibadah solat yang dikerjakan.

Ketahui 6 Kunci Khusyuk Solat, Adab-adab dalam Solat, Perkara-perkara Makruh yang banyak dilakukan di dalam solat, serta pelbagai lagi ilmu tentang solat.

Moga usaha kecil dalam menuntut ilmu ini sentiasa diredhai Allah.

RahsiaSolat.com

.
..
...
....

Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Terdapat Perkhidmatan Uber Di Malaysia.