Pedoman Islam - Sedekah Abdul Rahman bin ‘Auf r.a.


Assalammualaikum

Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang yang amat rajin bersedekah dan merupakan salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah sahabat Rasulullah yang terkaya.

Nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman.

Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan agama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam.

Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak.

Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. beliau  pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.

Hebatnya orang yang bernama Abdul Rahman Auf hinggakan Nabi mengelar beliau  “saudagar Tuhan" sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama Allah dengan harta kekayaan.

Ikuti bacaan seterusnya mengenai sahabat Nabi yang banyak bersedekah dalam ebook Rahsia Sedekah.

Sekian, Wassalam.

Penulisan Asal Oleh Zahidan Abdul Aziz

Ketahuilah lebih banyak manfaat bersedekah di dalam ebook Rahsia Sedekah

Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments