Pendidikan Anak - Galakkan Anak Untuk Berdikari

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Kita kembali semula kali ini dengan artikel Siri Pendidikan Anak-anak. Semoga dengan apa yang saya coretkan pada kali ini dapat membantu sikit sebanyak ibu bapa diluar sana dalam mendidik anak-anak mereka.

Saya terbawa untuk menyambung Siri Pendidikan Anak ini adalah disebabkan kerana kes kemalangan yang baru-baru ini berlaku yang melibatkan sekumpulan remaja dan kanak-kanak berbasikal di Johor Bahru. Diharapkan dengan panduan ini dapat mencegah dari perkara seperti ini berlaku lagi.


Galakkan Anak Untuk Berdikari

Anda perlulah mengajar anak anda untuk berdikari sejak kecil lagi. Basuh pinggan selepas makan, mengemas bilik, membersihkan kawasan rumah adalah antara aktiviti yang akan mendewasakan diri anak-anak anda. Berikan mereka tanggungjawab yang mampu mereka tanggung.

Terlalu manjakan anak akan memusnahkan minda anak-anak anda. Mereka akan mula mengambil sesuatu perkara dengan mudah dan sikap ini akan terbawa-bawa sehingga mereka dewasa di mana mereka mungkin perlu memegang tanggungjawab yang berat kelak.

Sejak kecil sentiasa galakkan anak anda untuk berdikari dan berkerja. Jika kedua-dua suami dan isteri bekerja, anda boleh agihkan tugasan rumah tangga kepada anak-anak anda.

Contohnya  :
  1. Anak pertama membersihkan dapur dan menyapu rumah,
  2. Anak kedua membasuh baju dan 
  3. Anak ketiga menyiram pokok bunga.
Tindakan ini akan memberi satu tanggapan kepada anak-anak bahawa ini adalah salah satu proses untuk hidup. Mereka akan terbawa-bawa tanggungjawab ini ke tahap lebih tinggi.

Sebenarnya anak anda akan rasa lebih di hargai jika anda memberi tanggungjawab kepada mereka. Mereka rasa anda memerlukan mereka. Tambahan lagi jika anda membawa anak anda berjalan-jalan pada hujung minggu sebagai hadiah atas kerjasama mereka meringankan beban anda.

Sentiasa memberi sokongan dalam apa sahaja yang anak anda lakukan. Ramai ibu bapa memaksa anak mereka pergi tuisyen sedangkan anak mereka tidak mahu. Anda perlu sedar bahawa anak anda juga manusia.

Tanya anak anda dengan jelas apa keinginan dia dalam pelajaran. Jika dia ingin mendapat keputusan cemerlang, beritahu dia tuisyen akan membantu dia untuk mendapat keputusan tersebut. Dengan ini, anak anda akan rasa lebih bertanggungjawab dalam menelaah pelajaran.

Keyakinan diri dan optimistik akan terbentuk dalam jiwa anak-anak anda apabila anda menggalakkan mereka untuk berdikari dala urusan peribadi mereka. Jika anak anda terpilih sebagai ketua di sekolah, anda sokong dan sentiasa menjadi penasihat kepada anak anda.

Setkan dalam minda anda untuk mendidik anak anda untuk berdikari.


Artikel asal dari Suhaila Abu Kassim

Penulis Ebook DidikAnak

Dapatkan panduan berkaitan artikel ini, iaitu ebook Panduan Anak Pintar Cerdas.

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mendaftar Dan Menjadi Pemandu Uber / Uber Partner

Cara Mendaftar Pemandu Uber Menggunakan Aplikasi Telefon Pintar

Kawasan Yang Sudah Mempunyai Perkhidmatan Uber. Update New City 15 Mac 2017!!!

Kesan Buruk Melakukan Onani

Bagaimana Cara Mendaftar Jadi Pengguna / Rider Uber