Pendidikan Anak - Jaga Kelakuan Anda Didepan Anak

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tahukah anda? Anak-anak sentiasa menganggap tindakan yang dilakukan oleh ibu-bapa adalah yang terbaik dan betul.

Mereka akan sentiasa terikut-iktut apa yang ibu bapa mereka lakukan. Oleh itu jagalah kelakuan anda kerana ia amat penting dalam mendidik anak-anak anda.


Jika anda perhatikan kebanyakan ibu bapa dan mungkin anda sendiri, akan melakukan perkara yang sama apa yang ibu bapa anda lakukan pada anda.

Ketika kecil anda mungkin akan di rotan kerana melakukan kesalahan. Ibu bapa anda juga mungkin seorang yang tegas, baik dan bijak.

Namun, lebih elok jika anda mendidik anak anda, dengan cara yang tersendiri. Ini kerana anda lebih mengenali anak anda berbanding orang lain.

Sejak anak anda kecil, mereka akan sentiasa mengikuti apa yang anda lakukan. Cara anda bercakap, cara anda menyelesaikan sesuatu masalah, cara anda bercakap dengan ibu bapa anda.

Semuanya mereka akan jadikan sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, sentiasalah menjaga kelakuan anda di hadapan anak-anak anda.

Kelakuan & tingkah laku anda, adalah merupakan sumber pembelajaran utama bagi anak-anak anda.

Artikel asal dari Suhaila Abu Kassim

Penulis Ebook DidikAnak

Dapatkan panduan berkaitan artikel ini, iaitu ebook Panduan Anak Pintar Cerdas.

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments