Cara Membuat "Survey" Dan Tempahan Hotel Melalui Web Trivago

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan sikit bagaimana tips untuk anda membuat survey dan tempahan hotel melalui laman sesawang Trivago.
Trivago.com.my

Dalam banyak-banyak laman sesawang, mengapa perlu guna Trivago? Ini kerana Trivago merupakan satu laman sesawang yang mengumpulkan pilihan hotel yang terbaik dan termurah untuk anda pilih. Pun begitu, cara-cara untuk menggunakannya juga sangat mesra pengguna. Ikuti cara-cara yang saya tunjukkan dibawah ini :

1.  Buka Laman Sesawang Trivago

Buka laman sesawang Trivago.com.my. Dan disitu anda dapat memilih untuk menggunakan mata wang Malaysia atau sebaliknya. Dan juga anda boleh memilih menggunakan bahasa pilihan anda untuk laman sesawang ini.


2. Mencari Hotel dan Jenis Bilik

Anda masukkan lokasi dan tekan butang cari. Dan kemudian anda diminta untuk mengisi tarikh daftar masuk dan daftar keluar. Kemudian anda diminta untuk memilih jenis katil yang diperlukan.




3. Pilih Hotel Pilihan Anda

Setelah selesai membuat pemilihan lokasi dan bilik, anda boleh teruskan dengan tempahan jika anda mahu. Dibahagian ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis pilihan hotel yang dapat anda pilih mengikut kesuaian bajet anda.


Anda juga boleh memilih bajet yang anda inginkan untuk hotel anda. Carian juga boleh dilakukan melalui rate "Star" sesuatu hotel dan juga preview dan komen pengunjung terdahulu, sebelum anda ambil keputusan untuk membuat tempahan dan bayaran.


4. Menempah Hotel Pilihan Anda

Apabila anda sudah berminat untuk memilih hotel berkenaan, maka anda boleh teruskan dengan proses "booking" atau tempahan dengan menekan butang "Lihat Tawaran". Dan anda akan dibawa ke laman sesawang rasmi hotel untuk meneruskan tempahan.

Dilaman sesawang berikutnya akan ditunjukkan maklumat tempahan anda dan bajet anda untuk hotel pilihan anda. Anda juga diberi pilihan untuk membuat penginapan tambahan seperti sarapan pagi, lunch dan dinner.

Kemudian, barulah anda diberi pilihan untuk membuat bayaran sama ada bayar deposit dahulu, bayaran penuh atau bayar di kaunter bergantung pada sesetengah hotel.

Anda tidak perlu risau jika anda belum bersedia untuk meneruskan tempahan. Ini kerana anda masih diberi peluang oleh pihak Trivago untuk ronda-ronda sekitar lamannya sambil melihat-lihat hotel dan tawaran yang diberi.

Trivago tidak uruskan tempahan atau booking, Trivago hanya membandingkan harga yang terbaik mengikut kehendak dan bajet anda.

Jom ronda dalam web Trivago ---> trivago.com.my

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments