Tutorial - Membeli Tiket Bas Secara "Online" Dengan Web "Bus Online Ticket"

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Membuat tempahan atau pembelian secara diatas talian bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan pada masa kini. Hanya dihujung jari sahaja kebanyakan urusan kita dapat diselesaikan.

Baiklah, kali ini saya akan menunjukkan anda beberapa langkah mudah untuk anda gunakan dan seterusnya membuat tempahan tiket bas secara atas talian atau "online" dengan menggunakan website "Bus Online Ticket".

Di website ini juga anda dapat membuat tempahan tiket keretapi dan juga feri. Tetapi pada entry kali ini saya hanya menceritakan langkah-langkah untuk menempah tiket bas sahaja. Mungkin akan saya rungkaikan pada entry yang akan datang.

Cara Membeli Tiket

Langkah 1

Langkah 2


  1. Pilih perkhidmatan awam anda. Samaada Bas, Keratapi atau Ferri.
  2. Jenis perjalanan anda mahu. Samaada sehala ataupun dua hala @ pergi-balik @ return.
  3. Pilih lokasi anda mula naik bas.
  4. Pilih destinasi anda hendak tuju.
  5. Tentukan tarikh anda naik bas.
  6. Jika anda pilih dua hala anda perlu tetapkan tarikh anda pulang semula ke lokasi asal.
  7. Bilangan orang atau "pax"yang ingin anda tempahkan.
  8. Tekan butang "Search Buses"

Langkah 3


  1. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya.
  2. Pilih bas yang sesuai dan waktu perjalanan yang anda mahu.
  3. Jika anda pilih dua hala tadi. Anda juga kena pilih bas dan waktu perjalanan yang anda mahu.
  4. Tekan butang "Select".
  5. Dan anda perlu pilih kedudukan kerusi yang anda mahu.
  6. Kemudian tekan butang "Proceed".

Langkah 4
  1. Isikan maklumat yang dikehendaki.
  2. Masukkan kod diskaun jika ada.
  3. Tick kotak yang disediakan jika anda ingin mengambil insurans tambahan untuk perjalanan anda.
  4. Disebelah kanan adalah maklumat perjalanan anda dan juga maklumat harga tiket anda.

Langkah 5

  1. Terdapat beberapa method atau cara untuk anda membuat pembayaran. Antaranya ipay88, Paypal, 7Eleven dan AliPay.
  2. Jika anda tidak yakin dengan pembayaran atas talian. Anda boleh gunakan method pembayaran dengan 7Eleven. Anda hanya perlu membuat pembayaran dimana-mana outlet 7Eleven yang ada disekitar anda. Buat masa ini, method ini hanya boleh dilakukan di sekitar 7Eleven Lembah Klang sahaja.
  3. Anda perlu print voucher dari website kemudian bawa untuk bayar di 7Eleven. Pembayaran hendaklah diselesaikan dalam masa 48 jam.
  4. Tidak kira method mana anda guna, setelah selesai pembayaran. Anda akan menerima email pengesahan dari pihak busonlineticket dalam masa 30 minit selepas pembayaran.
  5. Selepas terima email. Anda sudah boleh gunakan tiket anda.
  6. Tamat.

SyazwanJaudin
Owner And Founder BlogLeaderTalk


Jom LIKE Facebook kami di FB BlogLeaderTalk

Comments