Posts

Showing posts from September 24, 2010

Berita - Bajet 2011 lebih tinggi

Image
Kerajaan sedia peruntukan tambahan bagi pelaksanaan NKEA

JUMLAH peruntukan bagi Bajet 2011 yang akan dibentangkan pada 15 Oktober ini adalah lebih tinggi daripada RM191.5 bilion yang diperuntukkan dalam bajet tahun ini bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang kukuh tahun depan.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan dalam Bajet 2011 itu bagi pelaksanaan inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang bermula tahun depan.