Posts

Showing posts from March 28, 2016

Pedoman Islam - Apa Yang Anda Baca Dalam Solat

Image
#Tajaan #Ads

Assalammualaikum

KEPENTINGAN MEMAHAMI BACAAN DALAM SOLAT

Erti bacaan solat perlu kita fahami baik secara keseluruhan ataupun secara per kata. Dengan memahami apa yang kita baca, solat pasti menjadi lebih khusyuk dan lebih bererti. Sebaliknya, jika kita tidak mengerti apa yang kita baca, maka hati dan fikiran akan lebih mudah terganggu dengan lintasan-lintasan perkara lain di dalam hati yang akhirnya mengganggu kekhusyukan solat.


Ini terjadi kerana hati dan fikiran kita tidak memiliki "kesibukan" untuk memahami apa yang dibaca. Solat yang tidak dilandasi dengan pemahaman erti merupakan salah satu ciri ketidaksempurnaan solat. Bahkan, Allah mengumpamakan hal ini seperti orang yang sedang mabuk.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan."  - Surah An-Nisa, Ayat 43