Posts

Showing posts from April 12, 2016

Tips - Elakkan Hartanah Seperti Ini - Bahagian 1

Image
Assalammualaikum





Ini adalah perkara yang sangat penting. Terdapat 4 jenis hartanah lelong yang perlu anda elakkan dari membelinya.

1. Yuran Penyelenggaraan Terlalu Banyak

Jika Bank tidak menaggung bayarannya anda carilah hartanah yang lain.

Pernah satu ketika saya mengendalikan satu kes dimana yuran penyelenggaraan tertunggak berserta pelbagai caj lain yang dikeluarkan oleh pihak pemaju mencecah RM15,000. Hartanah tersebut dilelong oleh pihak Bank hanyalah RM40,000. Bayangkan jika ditolak harga jualan dengan yuran penyelenggaraan maka Bank hanya akan memperolehi RM35,000 sahaja. Sehingga tarikh ini pihak Bank belum lagi menjelaskan yuran penyelenggaraan tertunggak tersebut kepada pihak pemaju dan kes ini masih lagi tergantung.

2. Rumah Yang Hendak Dibeli Didiami Oleh Pemilik Asal

Jika anda mendapati rumah yang hendak anda beli itu didiami oleh pemilik asal rumah tersebut yang jenis keras kepala eloklah anda beralih ke hartanah lain kerana ia akan menyebabkan anda tidur tak lena kerana te…